Pengikut (Blogspot)

Selasa, 3 Julai 2012

fashion # bag untuk lelaki

hellooo semua, selamat pagi...

jom tinjau-tinjau jenis-jenis beg yang sesuai untuk lelaki. ooops. Encik L tak pernah ada beg. wallet hari tu aku yang belikan. somehow, aku bersyukur dan belajar berkenalan dengan beliau yang punya kosong tapi masih melebihkan aku dalam semua perkara. takde benda lain dah yang boleh gantikan perasaan itu. 

jom mula cerita hal beg. hari ni bukan hari layan perasaan okey. jenis-jenis bag yang sesuai dipakai oleh lelaki ada enam je. tak macam perempuan mungkin ada puluh-puluhan jenis. 

JENIS SATU : Briefcase

Beg Kotak Classic Style
okey. ini briefcase jenis klasik. dah tak banyak orang guna. zaman dulu semua business man terpengin nak pakai fashion kotak macam ni. tak pun inspector gadget atau penyiasat peribadi juga berkenan. sebab senang boleh longgok duit ye tak. gaya pakaian yang sesuai untuk beg ni pastilah kemeja dan slack atau suite dan lain-lain pakaian business. untuk Encik L aku memang tak padan. kalau beliau beli satu aku dah tuduh beliau Ketua Mafia je. huhuhu. jugak minat beg cenggini kan. aku gurau-gurau je. ahaaa!

JENIS DUA : Mesengger Bag

Beg Silang. Jenama Burberry tu
aku sangat suka dengan beg jenis ni. perempuan turut boleh pakai dengan rekabentuk yang lebih perempuan kan. bagi aku beg silang ni sangat praktikal. boleh gendong terus kat bahu, punyalah smart. ini untuk gaya kasual. selain kerja boleh jugak nak bawak jalan-jalan kan?

JENIS TIGA : Holldall

Kehkeh. Gabak gile beg die
jenis beg ni aku panggil beg balik kampung. kalau nak pegi travel boleh la ada satu. rekabentuk pasti pilih yang nampak kelakian okey. jangan pakai beg Avon makcik-makcik pula. kikiki.

JENIS EMPAT : Camera bag

Jenama David Leather King
ini adalah beg kecil. sesuai untuk lelaki yang suka kendong beg. atau bekerjaya. aku pernah nampak Arkitek Minyak Masak pakai beg ni. punya smart. yela, beliau pun arkitek namanye kan. aku suke beg ni. kalau barang perempuan dah boleh masuk dalam ni semua, dah lama aku pakai. hihi!

JENIS LIMA : Tote Bag

Macho-macho Gedik
honestly, aku tak rasa ni beg lelaki. however hanya kerana beg dan bukan pakaian yang dipakai. tak langgar syarak la sebab tak menyerupai perempuan. kalau ada orang pakai. aku still boleh terima. jejaka-jejaka Korea je dianggap handsome bile pakai macam ni. itu adalah perasaan gadis-gadis Melayu melenium tak termasuk aku. kikiki. cuba lelaki Melayu macam sesiapa di office Teamcoat buat. aku ejek seminggu. kah kah kah. 

JENIS ENAM : Newsboy Bag

Beg Budak Sekolah
kalau ikut dalam bahasa Melayu, nama beg ni ialah beg budak surat khabar. or beg postman. yang dipopularkan oleh golongan-golongan mat salleh underground. ni kalau aku perempuan dapat pakai pun rasa hebat seyh. memang sesuai dan masuk benar dengan kanak-kanak dan remaja. at least diorang belajar simpan barang dalam beg kan?

sekejap je rupanya menaip pasal jenis-jenis beg lelaki. nak search kat google pun senang nak terangkan. agaknye, ni sebab otak lelaki yang tak complicated kot. adey-chiau.

p.s : share benda ni sebab Encik L pakai holldall mak beliau. bawak pegi Miri. so sweet. kah kah kah. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.