Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 7 Julai 2012

decor # lukisan lekat pada dinding

hello semua, hari sabtu yang hias-hiasan...

masih tak jemu dengan cerita dinding. dinding batu-bata sangat awesome dengan tiang saiz 150 x 150. tak pasal teringat prinsip design dalam kepala otak. oops. maaf ye. 

mari kite usha. ape gaya susun frame yang cantik untuk ruang dinding yang kosong. aku sendiri teruja bila tengok. bile lah nak ada rumah sendiri ni. kan?

Lukisan Kolaj
gambar kat atas ni tunjukkan lukisan kolaj yang kite belajar sesejak sekolah rendah lagi. betul tak? nak senang, bingkaikan hasil kerja kolaj diri sendiri dengan pelbagai warna ceria untuk ruang dinding di ruang pintu masuk mungkin. mudah dan meriah. 

Lukisan Pelan Tatatur
aku tuduh ni rumah pereka landskap je. siap bertabah nak bingkaikan pelan tatatur taman sendiri dengan lukisan tangan lagi. punyalah sempoi. sesuai la letakkan berhampiran dengan almari yang simpan barang-barang untuk bertaman beserta pokok-pokok bonsai yang diujikaji. kikikiki. banyak pulak kerja aku.

Lukisan Pinggan
ini dah sangat popular. dah boleh beli pun. ada jual kat kedai kan. harga boleh tahan mahal. dah nama pinggan, susun pada dinding yang dekat dengan ruang makan la. baru rasa sepadan. okey!

Hiasan Huruf Nombor
ini mungkin orang yang gila nombor dan huruf. susun-susun ikot kreativiti yang korang fikir paling ngam dengan kepala otak korang. nak eja nama pakwe sendiri pun boleh. 

dapat empat gambar je la yang menarik. sabtu minggu depan jumpa dengan hias-hiasan lain pulak ye. adey-chiau.

p.s : puasa Ramadhan makin hampir

5 ulasan:

  1. Dulu kalau cikgu suh buat kolaj mesti campak tepi je. Hehehe, awesome lah pulak tengok kolaj2 tu semua =D

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/le-complain-day.html

    BalasPadam
  2. kita nak buat mcm nih kat umah sendirik! ehek

    BalasPadam
  3. mmg cntk ska tgk hiasan dalaman rumah,kolaj tu agk menarik n juga susunan nombor tu nmpk pelik tp sgt kreatif =)

    BalasPadam
  4. lawa2 hiasan dinding ne..kt ikea byk tu bejual..sediakan duit jela kan..

    BalasPadam
  5. cantik lah kolaj tu. ceria je nmpk. ;)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.