Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 20 Julai 2012

cerita sebelum Ramadhan

hello semua, selamat pagi...

>untuk minggu ni memang aku mengalami rasa-rasa tak sihat. termasuk hari ni. belakang aku sakit-sakit. mungkin salah satu sebab adalah sakit perempuan yang terjadi disamping aku jatuh masa angkat simen last week. bhale.

hari isnin memang aku bangun pagi dengan keadaan ceria-ceria ayam. aku tak larat. terus nak mintak mc. memang aku dapat mc dengan Dr Izzah. tapi sebab drawing nak urgent Putrajaya. pegi pulak belah petang. balik kerja terus lemau.

hari selasa pulak aku duduk rilek-rilek office. memang kaki aku pedih sesangat. aku uruskan hal drawing rumah makcik sebelah. tu pun tak habis. 

hari rabu, Ncik Meor Satey join Teamcoat as engineer. pegi empat sekolah punya site. dapatla makan nasik arab. tapi aku kesian sebenarnye kontraktor kena ketuk. buat toilet je pun. malam aku overtime buat autocad dengan Ncik Meor Satey. barulah kerja tu nampak siap dan bergerak. sebab buat keje dua orang kot.

hari khamis, aku gunakan waktu pagi untuk order pintu rumah Ncik Borhan. petang pulak drive pegi ICU Jabatan Perdana Menteri untuk cabut undi. akhirnya dapatla kerja nak raya. kena siap dalam masa 2 minggu.

hari ni rasa macam tak sihat dengan penyakit perempuannya. dengan sakit kaki dan sakit belakang. 

nak puasa dah esok. selamat berpuasa semua. aku berazam nak baca tafsir sebanyak yang boleh. doakan tuhan berkati aku ok. adey-chiau. 

p.s : semoga Ramadhan dan Syawal kali ni memberi satu sinar baru dalam kehidupan aku. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.