Pengikut (Blogspot)

Ahad, 29 Julai 2012

biskut coklat mint

salam ramadhan semua, 

sedang elok petang-petang berpuasa selepas satu minggu mari usha ape kuih raya yang best untuk dibuat. tengok je lebih. buat tak tau bile kan. 


kalau ada rezeki tahun ni aku nak try buat biskut coklat-mint macam video kat atas. aku ingat buat biskut ni simple. rupanya ade langkah-langkah yang baru boleh nampak sedap ye tak?

ok. meh aku kongsi sikit ape yang ada dalam video tu. sediakan 2 bekas kalau boleh. supaya senang kite nak bahagi antara tepung dan gula.

1. Bekas satu masukkan 1 3/4 tepung kek campur dengan 1/4 camca kecil garam dan 1/2 camca kecil baking soda.Gaul.

2. Bekas kedua masukkan 1 cawan gula perang dan 1/4 cawan gula putih yang halus. Gaul.

3. Masakkan 2 pek mentega bersama secubit garam dalam kuali. kacau sepanjang kerja-kerja cair jangan sampai mentega tu hangus. 

4. Masukkan mentega dalam bekas gula. gaul semua bahan. campurkan dengan 2 sudu esen vanila

5. Kemudian masukkan sebiji telur dan sebiji kuning telur. Gaul. 

6. Masukkan tepung ke dalam sebatian. Gaul. 

7. Masukkan 1/2 cawan chip choc-mint. Gaul. 

8. Sediakan pembakar pada suhu 190 darjah celcius dan bakar pada masa 8 minit. 

ok. rajin tak aku besarkan bahan-bahan nak guna untuk buat biskut ni? aku baru usha-usha mungkin minggu depan baru mula buat kuih raya kan. korang macam mane?

p.s : choc-mint adalah makanan percintaan aku. wahahaha!




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.