Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 22 Jun 2012

ingatan jumaat # ciri-ciri pemimpin

salam jumaat semua....

aku adalah sikit-sikit membaca lately. aku baru beli buku baru bertajuk Sejarah Hidup Khalifah Umar bin Al-Khatab R.A. yang ditulis oleh Hj Hussieny bin Zamburi. aku akui aku baru mengadap 5% dari buku ni. aku belum kaji sepenuhnya. tapi memang best bila dapat mengenali siapa Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang berani tapi lemah lembut dengan isteri tu kan...

ada satu ayat dari Surah Al-Imran ayat 159 yang menarik perhatian aku. ayat ni ialah bagaimana Allah SWT memfirman gaya kepimpinan yang baik kepada baginda Rasullah SAW. cuba kita sama-sama baca ayat ni dan fahamkan maknanya. 

TERJEMAHAN AYAT:

Maka dengan rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Muhamad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Dan apabila engkau telah berazam (sesudah bermusyawarah, untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengasihani orang yang bertawakal padaNya

firman ini menyatakan sifat-sifat seorang pemimpin yang disegani dan dihormati. sedangkan Kekasih Allah SWT pun mengamalkan sifat-sifat ni dalam menjadi pemimpin. ni kite, jadi pemimpin sikit dah hidung tinggi. dah rasa boleh arahkan orang ikut nafsu kite. tanpa ambil kire perasaan or cara-cara orang tu bekerja. baru kena jaga dua tiga orang kot. adey-chiau. 

p.s : aku tak sempurna. tapi aku akan cari jalan membetulkan ketidaksempurnaan aku. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.