Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 29 Jun 2012

ingatan jumaat # ayat pelembut hati

assalammualaikum, salam jumaat yang berkat...

hari ni aku nak kongsi, potongan ayat dari Surah Taha dari ayat 1 sampai ayat 5. surah ni sejarah awal dibaca oleh Fatimah Al-Khatab, kakak kepada Umar Al-Khatab sewaktu peristiwa Umar Al-Khatab hendak membunuh Nabi Muhammad SAW. sementelah dengar kakaknya membaca surah ini, Umar Al-Khatab sangat impress dan akhirnya tersentuh dengan Kalam Allah SWT lalu mendapat hidayah untuk memeluk Islam. 


Taha [1]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhamad) untuk menyusahkanmu [2]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut mendengar perintah Allah SWT [3]
Al-Quran yang diturunkan dari Tuhan yang mencipta langit dan bumi [4]
Iaitu Ar-Rahman (Maha Pengasih) yang menguasai Araysh [5]

selepas daripada bacaan Surah Taha ini, Umar Al-Khatab terus ke Rumah Arqam tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah. dengan suara yang lemah lembut, meminta untuk masuk ke rumah tersebut dan meminta Kekasih Allah ini mengislamkan beliau. 

okey. sampai sini segmen berkongsi. adey-chiau...


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.