Pengikut (Blogspot)

Selasa, 5 Jun 2012

fashion # top mix skirt

hello semua, selamat hari fesyen...

wahaaa! masih dalam mood memilih padanan yang sesuai dipakai dengan skirt maxi. godek punya godek. sekali jumpa yang ini da... mari kita baca bersama-sama. 


haruslah mendapatkan maxi skirt di pasaran. macam contoh kat atas ni warna natural. pink lembut-lembut. selembut penulis blog ni. hahaha!


ini adalah gaya kasual. ye, aku tahu korang tengok baju pun nampak macam tak berapa nak bergaya kan? gaya ni korang boleh match dengan cardigan butang penuh la actually. then boleh pakai boot. boleh la nak bawak pegi kerja. selesa dan bergaya. huhu!


ini pulak top jenis separuh. orang Islam jangan pakai la. senang. boleh jugak pakai tali pinggang lekap pada bahagian pinggang. dan pakai heels bersama braclet sebagai aksesori.


pakai dengan sleeveless bercorak harimau bintang. yang jadi padan sebab skirt tu kosong. oh, kalau udah namanya pakai tudung, jangan lupa sarung inner wear pulak ye boleh pakai dengan flat supaya nampak lebih santai.


ini paling best sekali fesyen dia. sopan pun sopan. nak pilih tudung pun senang. padan pulak dengan heels paling stabil dalam dunia, wedges. bila nampak beg jenis tote ni, terus terfikir nak cari sebijik. macam mane ni? hahaha.

sampai sini dulu, aku gebang-gebang hal fesyen. insya-allah jumpa lagi next week. adey-chiau.

p.s : kalau seluar gelap, cari la baju warna terang. macam tu la in-contra. basic kan? 





Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.