Pengikut (Blogspot)

Selasa, 26 Jun 2012

fashion # tali pinggang untuk si perut buncit

hello semua, selamat pagi selasa....

untuk segmen fesyen hari ni. aku nak cerita pasal tali pinggang. dulu-dulu tali pinggang sinonim dengan lelaki kan. sekarang perempuan pun jadikan tali pinggang sebagai aksesori untuk nampak cantik. so, ada jugak kadang-kadang bile pakai tali pinggang nampak tak kena. meh aku share, macam mana perempuan nak nampak style dengan tali pinggang.

selalu orang cakap perut buncit tak sesuai pakai tali pinggang kat badan. tapi fakta tu ada salah sikit la. so kalau badan gempal or perut buncit, pakai tali pinggang boleh la menutup bahagian-bahagian tersebut dengan sedikit helah.

HELAH SATU : Gunakan tali pinggang yang lebar.

Tali pinggang lebar boleh buat korang sorokkan perut buncit korang. Korang jugak boleh nampak impak pengikat yang nipis macam gambar nombor 2 untuk menambahkan helah langsing korang. emm, amacam? hebat kan rase....

HELAH DUA : Pakai tidak terlalu ketat


kalau korang pakai baju yang agak ketat di bahagian atas. korang disarankan untuk melonggarkan tali pinggang yang korang pakai. tujuannya ialah sebagai teknik penyamaran lemak yang nyata. kalau misalnya, korang pakai baju penuh dan longgar. bolehla korang pakai tali pinggang yang ketat baru nampak seimbang dengan badan. 

HELAH TIGA : Jenis Tali Pinggang Nampak Kurus



guna tali pinggang warna gelap. ni helah biasa dan gunakan tali pinggang jenis kulit matte. jenis ni akan nampak korang lebih langsing dengan teknik ilusi

HELAH EMPAT : Pakai Tali Pinggang pada Pinggul


cara ini terbaik bile korang mengenakan pakaian macam dekat atas ni. bila korang pakai pakaian jenis ni, beberapa bahagian baju akan ditarik dicelah-celah tali pinggang dan korang akan dapat kesan yang menawan bila korang dapat menutup perut korang yang buncit itu. 

HELAH LIMA : Memakai di Bahagian Alternatif



antara bahagian badan lain yang boleh dipadankan dengan tali pinggang ialah bahagian bawah dada. teknik ni sesuai digunakan pada blouse dan kemeja perempuan. yang perlu berhati-hati ialah jika payudara besar, nanti terkesan lebih besar pulak bile pakai betul-betul bawah dada.


itu je la perkongsian aku untuk hari ni. adey-chiau. 

5 ulasan:

  1. slalu pki belt utk tahan seluar je

    BalasPadam
  2. akk pakai tali pinggang besi jer..nk bagi pinggang sikit ramping..hehe

    BalasPadam
  3. Nak tanye.. Fesyen tali pinggan ni mengikut hukum syarak ke tak eh? Maksud sy sesuai ke untuk wanita islam pakai ?

    BalasPadam
  4. Nak tanye.. Fesyen tali pinggan ni mengikut hukum syarak ke tak eh? Maksud sy sesuai ke untuk wanita islam pakai ?

    BalasPadam
  5. teringin nak pakai tp x taw sesuai ke x dgn diri ini. hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.