Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 16 Jun 2012

decor : lilin cantik untuk kesihatan

hello semua, selamat hari sabtu...

hari yang bangun awal tapi tido balik. ingatkan ade meeting beriya. tapi Ncik Bos Botak just panggil dalam bilik aje. simple pulak rasanya. anyway, rasa nak bekerja dengan rajin. tapi belum mula langsung. aku ingat nak jumpa dengan blog aku kejap. cerita hal decor. huahuahua....

semenjak Adik-Adik Praktikal dan Adik Atikah sibuk nak buat arrangement office. aku layankan aje. lame-lame, aku pulak excited nak jadikan office aku cantik dan kemas. serta dengan meja-meja aku sekali. keh keh keh. good improvement kan? aku jugak giler nak beli lilin wangi. sebagai penyegar dan pewangi kat office ni. sape pulak yang terlebih excited ni kan? 

so, tanpa membuang masa kalian mendengar bebelan ala super-star, moh kite baca setiap bau yang dihasilkan oleh lilin-lilin aromaterapi ni orang cakap boleh memperanguhi mood bekerja dan bertenang kalian. 

Bau Vanilla
Vanila atau nama sebenar secara sainsnya ialah planifolia vanila ni adalah sejenis tumbuhan macam anggur yang tumbuh secara memanjat yang menghasilkan bunga yang harum (bau vanila) serta kekacang atau buah yang lazat (ais krim vanilla). serius aku baru tau benda ni. Bau yang harum dari vanilla yang manis-manis tu dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan dalam bentuk kesedihan dan kesunyian. Pakar aromaterapi selalu cadangkan untuk gabungkan bau vanilla dan bau bunga-bungaan supaya suasana persekitaraan lebih selesa dan lebih rumah. macam tu la lebih kurang. 

Bau lavender
Lavender adalah salah satu tumbuhan liar menjalar yang tumbuh secara liar. tumbuhan lain macam jasmin, jintan dan kapas yang kurang orang gemar. walau macam mana pun, tumbuhan-tumbuhan ni boleh membantu kita menghilangkan sakit kepala or migrain kat office dengan segala khasiat yang ada. bau-bau jenis ni mungkin tak sesuai nak letak dalam office sebab semua bau jenis ini membantu kita tidur dengan baik. bile pulak nak siap keje kan? wahaha. 

Bau Lemon
Bau limau, lemon dan dan oren memberikan satu bau yang segar dan sangat kuat. bau-bau macam ni akan membuatkan mood aktif. mungkin sesuai untuk ruang bekerja bagi melahirkan mood rajin dan semangat dalam diri. bau-bau macam ni mungkin sesuai dengan Adik Atikah (kurus dan panjang) supaya cepat gemuk sebab bau-bau macam ni kalau digabungkan akan merangsangkan enzim-enzim lapar. hua hua. kalau aku, mesti bertambah gemuk. 

Bau Kayu Manis
Bau kayu manis dan bau halia merupakan antara bau yang sesuai digunakan di kawasan yang sejuk. macam mat salleh memang diorang guna untuk musim sejuk. kegunaan bau kayu manis ni sebagai pelega saraf. mana ada saraf-saraf yang tegang akan kendur. maka tekanan secara tak langsung akan berkurang. bau kayu manis jugak dikatakan boleh melatih hidung kita supaya lebih peka dan kita secara tak langsung boleh membuatkan kita jadi lebih teliti. kononnye.

entah kenape. aku sangat mengantok. bile nak mula kerja ni? adey-chiau.

p.s : tak perlu nak rasa hebat sangat kalau kerja tempat baru tapi tak payah nak menyalahkan tempat lama yang dah pernah isi perut kite satu masa dulu. cannot, cannot...

2 ulasan:

  1. bgs gk sbg aroma terapi..lilin pink 2 cm cntk..=)

    BalasPadam
  2. suke lavender. lembut je bau die. ;)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.