Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 9 Jun 2012

decor # konsep ruang tamu

hello semua, selamat hari sabtu...

hari ni hari decor kan. aku nak cerita pasal ruang tamu. walaupun aku tinggal hostel yang takde sangat ruang tamu yang proper. aku tetap suka ruang ni. ruang tamu ni macam ruang perjumpaan, perbincangan dan ruang sosial antara penghuni rumah. kat ruang ni jugak la kita boleh express and shares feeling meeling kita kan. 

gedik pulak suara Siti Nurhaliza pakat nyanyi lagu Aku Cinta Padamu dalam versi dangdut. macam ada dalam playlist aku ni la. kan. ape-ape hal, dangdut memang energy gedik pun. no harm at all.


ruang tamu yang kat atas ni bagi aku sempurna. dan selesa. ada televisyen LCD yang tergantung serta rak tamu bentuk moden. ada meja kopi yang besar dan ringkas untuk jamu tetamu yang datang. kerusi nampak empuk. sliding window kat belakang tu serta sliding door kat tepi memberi inspirasi ketenangan. bila duduk dalam ruang ni. kita akan faham apa itu Less is More. Kan?



melihat pada lelaki yang sedang termenung persis menghayati dendangan dari streo di sisi ruang membolehkan aku membuat kesimpulan, ruang santai ini sesuai untuk jejaka metro. tidak la seperti Encik L yang pakat belasah je kan. lampu dengan penutup warna hitam, rak tv serta rak bagai-bagai dengan warna yang sama. warna untuk meja dan perabot lain berwarna kelabu cair. bagai menjadi warna perantara antara hitam dan dinding yang putih. lebih misteri dan individual. awesome kan?


dari warna yang kusam, kita beralih pada warna yang ceria. ceria macam aku kan. sofa warna orange berkonsepkan retro bersama dengan meja kopi kaca dengan kaki retro memang menyerlahkan ruang. nampak kerusi gabungan bahan kulit dan kain empuk bersama nampak selesa sangat. tema untuk rumah keluarga yang ceria. kan?


aku istilahkan ruang ini dihiaskan oleh orang yang suka alam semulajadi. dan mungkin jugak sukakan nyamuk. ni bukanlah cara aku nak hias ruang tamu. tapi not bad apa warna kerusi dia. putih bersih. ni lobi hotel or pejabat sesuai la kan.


bila aku usha ruang ni lama-lama. aku dapat rasakan ni ruang kecil dan ruang keluarga yang bahagia. tengokla beberapa bantal kecil untuk buat sandar. meja kecik yang banyak. banyak barangan atau koleksi yang dah masuk dalam kotak. dan televisyen lama. memang penghuni yang mengamalkan penjimatan. 


dah habis air sprite minuman petang waktu OT. adey-chiau.

11 ulasan:

  1. serius suka gila no dua tu...gelap dan cerah...gambungan mantap!!

    BalasPadam
  2. awak... thanks sangat sbb sudi komen kat blog saya.. anda sgt sempoi!!! hahaha

    BalasPadam
  3. hmm ruang tamu yang kedua tu sangat maskulin hokeyyyyhh. yang tak hensem bakal bertambah 40% kadar kehenseman kalau menonton TV kat hall macam tu ngeeee~~

    BalasPadam
  4. sooo yang paling suka adalah yang gambar last kot sbb lebih realistik untuk masa hadapan jap lagi dimana saya rasa saya ni layak duk apartment je. ruang sempit so kena pepandai la memanfaatkan ruang macam dalam gambar ni. tak mewah tapi bahagiaaaa......

    BalasPadam
  5. Akak suka yg last tu, tak susah nak kemas kalau kecik. 10 minit siap, hehe.

    BalasPadam
  6. Wahhh sume ada suasana trsndr..cantik...asal susah nak deco2 gitu ek...huuhuh

    BalasPadam
  7. suka yg last.memang rasa bahagia je..lepak kt situ..

    BalasPadam
  8. rung tamu gambar pertma tu memng berkenan la
    ntah berapa duit la nak siapkan semua tu

    BalasPadam
  9. very nice views. mya suka something yg simple yet elegant :)

    BalasPadam
  10. pic no 2 paling suka laa... simple sgt.... dan mmg sesuai kalo umah lelaki bujang nie.. hehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.