Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

jamu mata, minat klik klik

Sabtu, Jun 30

decor # hiasan dinding buat sendiri

hello semua, selamat hari sabtu...

sabtu yang ada decor. iya, hari ni aku kongsi apa cara yang boleh kita hias dinding rumah kita yang kosong secara sendiri. bak kata orang putih, do it yourself. jom layan ~~!


okey, nampak hiasan sudu garpu dekat dinding tu. amek plywood. then tekap gambar sudu dan garpu. potong ikut bentuk tekap dan cat dengan warna hitam. meja makan pun disepadankan dengan corak dinding. ada bunga warna merah dalam pasu untuk naikkan ruang makan. wah, sedap rasanya nak makan.



ini adalah hiasan untuk bilik anak gadis. or bilik bujang yang girlish. amek kain or kertas balut hadiah. kemudian beli frame besar, framekan semua tu dan lekat kat dinding. kalau orang jenis english bolehla beli corak bunga lama dengan jalur-jalur. mungkin orang yang jenis aktif atau bersendiri lain taste. ikut kehendak dan keadaan ruang masing-masing. okey!


hiasan dinding yang sesuai untuk ruang membaca or ruang belajar or perpustakaan rumah. iya kita tampal peta kat dinding. nampak ler yang kita ni hebat geografi kan? cara nak buat ni memang senang. korang beli map yang harga tak sampai RM2. kalau korang ada plotter kat rumah print yang besar gabak tu. bile dah siap print amek kertas keras macam kat atas. gunting la peta dan tampal atas kertas keras tu. susun kemas-kemas macam gambar kat atas. menarik kan?


ni lagi unik. bunga-bungaan dihasilkan daripada tisu tandas. kemek dan susun atas kertas keras. lepas tu gantung kat ruang tamu. tak semestinya bentuk bunga. banyak gaya lagi yang korang boleh susun ikot korang punya suka. betul tak? aku lagi suka kalau bunga tu ada warna-warni sikit. hihihi


yang ni tema pemungut hasil hutan. huhu. amek ranting buluh kecik-kecik tampal kat dinding. nak dapatkan suasana tropika waktu tido katanya, kan? macam biasa, aku tak suka konsep ni.


okey. ni lah yang paling menambat hati aku. simple kan. korang perasan tak yang petak-petak kecil membentuk satu gambar alas meja dengan lemon tu kan. petak-petak kecik tu adalah tempat cd. diorang print gambar tu besar-besar then potong besar bekas cd. kemudian, selitkan serpihan tu dan tampal kat dinding. sempoi. 


sampai sini dulu berkongsi cerita. adey-chiau.

p.s : kamu adalah pereka dalaman untuk rumah kamu. 






10 ulasan:

  1. waahh mmg cantik..suke tngok mcm tu.ruang kemas dn bersih jee..em kalo ade budak2 yg suke conteng dinding mmg payah nak decorate ni

    BalasPadam
  2. cantik! design untuk saya pulak boleh? haha ;)

    BalasPadam
  3. mihmih.
    dah nak raya ni kan.elok juga
    decor2. idea dtg *kecinggg




    blog hg ghairah doh.kakaka

    BalasPadam
  4. nampak mudah dan ringkas je
    tapi memang cantik dan kemas la
    suka tengok

    BalasPadam
  5. seriesly mmg cantik. nak buat jugak lah. ;)

    BalasPadam
  6. senang je kan..cuma antara rajin dgn tak je la. tp sy besenye x rajin keh3

    BalasPadam
  7. waaa..bestnya la kalo dpt deco rmh sendiri.menarik gak idea2 ni..x payah nak beli perhiasan dinding mahal2.DIY sendiri lg puas hatikan..=))

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto Saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.