Pengikut (Blogspot)

Isnin, 4 Jun 2012

cinta tu tipikal, atau praktikal?

hello semua, selamat hari isnin yang blues....

hari ni isu cinta aku nak cerita pasal cerita Hindustan. okey tak? semua orang pun tahu yang bangsa ini kaya dengan falsafah dan ideologi cinta. penyair dan pemuisi hadir dalam rasa cinta dan kasih sayang memang jadi aktiviti utama mereka kan? 

Cinta Hari Ni Esok
ni cerita cinta yang aku layan dalam Panggung Sabtu last week. bolehla dari takde ape buat. nak g shopping. kereta aku dah perabih semua duit shopping aku bulan ni kan. ape boleh buat. yang aku tak jaga dia baik-baik sape suruh, fine!

meh sambung sinopsis cerita. bagi siapa yang minat nak baca la. cerita ni mengisahkan dua orang yang berpasangan. Jai dan Meera yang berkenalan di Kota London. hindustan skang tak mau kalah kawan-kawan, main cerita kat negara mat salleh jer.

well, tema cerita cinta yang ini ialah cinta tipikal dan cinta praktikal. wow, aku dapat term ni di saat ini? hahaha. 

selalunya. cerita Hindustan suka bagi tahu yang kita akan bersama dengan jodoh kita sebanyak tujuh kelahiran. wallahualam. mana ada pernah terjadi kelahiran kedua, ketiga dan ke bla bla yang karut itu. kan? permulaan cerita ni dimulakan dengan pertembungan Jai dan Meera dalam lift. tapi masa tu buat tak kenal je la kan. standard la tu.

then, masa lepak-lepak kat bar selepas itu, Jai dicabar oleh rakan-rakan untuk mengorat Meera yang time tu tengah menari sakan kat papan tari. cucuk punya cucuk. dapat la berpasangan dengan Meera ni. dan hubungan mereka kekal. Jai seorang yang menganggap cinta itu praktikal dan setiap keputusan dalam perhubungan mereka ni adalah praktikal. kengkononnye la.

Jai sangat tidak percaya pada perkahwinan. sebab tu, Meera takkan berani minta pun. sampai la satu ketika Meera berhasrat nak balik ke India semula sebagai pembaikpulih bangunan. kan India banyak bangunan lama yang perlu dijaga. Jai pulak ada cita-cita untuk bekerja di Golden Gate, San Francisco. that's a reason why, diorang decide untuk break up. 

break up konon gaya nak praktikal. siap ada break up party. sambut besar-besaran. Jai pun hantar Meera pegi airport dan dari sini Jai kenal seorang pakcik yang bernama Veer Singh. Jai dan Veer bertukar cerita. Veer dah mula dah dengan satu cinta tipikal era 60-an. satu era yang betapa susahnya nak mintak restu keluarga bila nak berkahwin. dan Veer berkongsi cerita apa usaha yang beliau buat untuk mendapatkan isteri beliau, Harleen. 

Jai menganggap itu adalah tipikal. siap menganjing Veer somehow tetap berkongsi apa jua keadaan. masa beberapa bulan pertama Meera dekat India, Jai dan Meera keep contact dengan pelbagai media teknologi yang ada. sehingga setahun lepas tu, Meera decide nak keluar dengan Vikram; ketua ekspedisi membaikpulih bangunan tu la. 

Meera yang anggap Jai kawan baik (kononnya) time tu mintak pendapat. Jai macam nak buat Meera sakit hati mencari girlfie mat salleh. masing-masing masa ni nak tunjuk ego masing-masing la kan. Meera steady dengan Vikram dan Jai dengan hidup mat salleh beliau. 

setahun lepas tu, Vikram ajak Meera kahwin. Meera terima. Jai rela dalam paksa. masa hari perkahwinan, Meera ajak lari pun Jai tetap dengan pendirian yang mereka boleh hidup berpisah. perkahwinan Meera dan Vikram diteruskan.

bila Meera dah duduk serumah dengan Vikram, masa ni beliau fikir beliau tak bahagia. dan minta cerai. time tu, bile call Jai. Jai pulak dah dapat kerja di Golden Gate. impian beliau. belum sempat Meera declare ape-ape Jai dah bagi ayat 'memang Tuhan bagi aku hikmah yang terbaik berpisah dengan kau'

dan-dan Meera sentap dan pergi dengan ala konon, membiarkan Jai bahagia dengan cita-cita tu. Jai yang berada di Golden Gate time melalui hari-hari yang bosan tanpa cinta. 

korang tau ending dia? of coarse lepas semua insiden tak boleh hidup tanpa cinta Jai kembali mencari Meera dan cerita berakhir dengan happy ending. adey-chiau.

p.s : aku just suka pada tema cinta praktikal. aku melaluinya. dan aku tahu tiada apa yang menariknya pasal cinta praktikal ni. 



7 ulasan:

  1. silau mate nmpak striking kaler

    uih tp cte ni best plak rasenye

    BalasPadam
  2. tak tgk pun..sbb cik en kurang layan boolly..layan macam kuch kuch hota hai je dulu

    BalasPadam
  3. Bila tonton filem hindustan memang banyak falsafah... menagih airmata tu yg pasti.

    Percaya tujuh pusingan tu kepercayaan mereka (reincarnation itu yg kadang jadi pelik-pelik kan)...

    BalasPadam
  4. rajin bebenor kome nengok cite industan ye!
    skang da takyah tgk cite ni dah..bace crite kat entry ni pon dah cukkop fhm..haha

    BalasPadam
  5. dah lama tak layan hindustan ni..

    BalasPadam
  6. cite hindustan ni mmg suke benor agungkan cinta. huhu.

    BalasPadam
  7. Uikkk...da lama x layan cite hindustan...layan sinopsis citer ni pun ok lah..imbau kenangan citer lelama..hehehehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.