Pengikut (Blogspot)

Isnin, 25 Jun 2012

blues # saka cinta

hello semua, selamat hari isnin yang blues...

mood kerja adalah setaraf longkang tersumbat. tersekat dengan bangkai kucing mati lalu air yang menembusi bangkai adalah berhalaju menghampiri sifar meter per saat. akhirnya satu takungan wujud pada aliran yang lebih tinggi. memenuhi ruang dan akhirnya melimpah ke daratan. wah, ape jauh benar imaginasi hari isnin ni.

mari kita sambung cerita. cerita berkenaan dengan cinta. cinta yang membawa kepada syirik dan penyekutuan terhadap Allah SWT. cinta yang mengundang Saka dan Waris. 

bagi pendapat aku kan. cerita drama hantu yang patut diberi pujian clap clap dalam Malaysia ni satu je. tajuk Kekasihku Seru dan Waris. dua tajuk cerita ni bukan je seram dari segi rupa paras hantu, bahkan plot dan penceritaan je dah cukup buat aku meremang beb!

kalau aku cerita bab sinopsis Kekasihku Seru memang dah sangat basi dah. semua orang dah tahu yang asal keturunan hantu bernama Waris adalah hasil pemujaan Mastura. dah tak pasal guna nama aku. kenapa cinta perlu dihalang. yang logiknya, perangai Mastura tu ada pada aku. jangan sesiapa berani halang ape yang aku cuba laksanakan. kalau tak, padah yang sama akan berlaku. kan??

bila Mastura dah memuja Waris yang ditanam hidup-hidup. tak pasal-pasal semua keturunan yang sampai ke  tahun 2012 ni diganggu oleh Saka bernama Waris tu. perjanjian Waris dengan Mastura ialah setiap keturunan Mastura akan menerima Waris dan melahirkan zuriat. 

Mahsuri dan Masayu kire macam dua keturunan yang dah bijak pandai la. tapi Masayu dah terima Waris sebagai partner. kan, Masayu kena rogol tapi Marissa yang dah lahir tu anak Waris atau ape?


yang aku jadi persoalan pening skang ni. Marissa kawen dengan Chad. keturunan Waris jugak. kan, tapi kenapa anak kembar diorang terpisah. lepas tu diganggu tak sudah-sudah. aieh, pening pulak nak fikir lagi pening dari design bangunan tingkat-tingkat. 

okey, korang semua jangan lupa tengok cerita Waris setiap Khamis. dan ulangan Kekasihku Seru setiap weekand. seram dan menginsafkan kot. adey-chiau. 

p.s : aku ter-over thinking kalau cinta aku dengan Encik L dihalang. woha!


3 ulasan:

  1. dua-dua cerita akak x tengok..malas nk nengok nanti jadi takut x tentu pasal..x koser akak

    BalasPadam
  2. baru start tgk cite waris nih,,dulu2 ikut jugk yg kekasihku seru tu,,memg best kan,,tak silap cita ni mira mustaffa punya dan laki dia yg arahkan,,ala pembikin cite nur kasih tu,,sbb tu citanya best!

    BalasPadam
  3. dulu chemay tengok kekasihku seru tuuu.
    waris tu sambungan dia eh?

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.