Pengikut (Blogspot)

Khamis, 24 Mei 2012

suara yang tiada

hello semua, selamat tengah hari....

suara aku takde. aku dah pegi klinik untuk dapat ubat free. kewangan dalam poket bernilai RM2.00 selepas berjaya membeli 3 tin makanan Belang semalam. hidup perlu duit bak kata Kak Diana. aku perlu berusaha untuk hidup. itu adalah kata-kata survival diri sekarang.

tadi masa jumpa doktor, soalan macam basic. awak ada melalak ke baru-baru ni? aku pulak terus geleng. padahal dalam hati cakap. ni semua sebab aku pegi nyanyi lagu Ella yang tajuk Sepi Sekuntum Mawar kat karaoke dengan Adik-adik Praktikal hari tu. kah kah kah.

cara tak boleh bla yang disarankan oleh Doktor Izzah ialah dengan tidak bercakap selama dua hari untuk redakan suara. lepas tu, amek air panas campur vicks, sedut dalam-dalam wap dia. apekah?

dengan bermacam ubat tersedia, aku makan semuanya sebab aku mahu sehat. adey-chiau.

p.s : ujian minggu lepas, kotak suara hp rosak. ujian minggu ni, kotak suara sendiri pulak sakit. aieh ~!

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.