Pengikut (Blogspot)

Isnin, 14 Mei 2012

menang barangan letrik dengan harga enam ribu?

assalammualaikum, selamat tengah malam....

hari ni aku nak menulis ringkas. perniagaan itu satu penipuan. pandai-pandailah perempuan di sana membawa diri. sejujurnya memang aku selalu berseorangan ke mana-mana. aku kalau nak shopping memang jarang bawak kawan-kawan. bukan aku suke pun sorang-sorang tapi dah memang itu keadaan semasa hidup aku.

kadang-kadang kan, bila nak kawen ni aku macam nak buat permintaan yang aku nak pegi ke setiap pasaraya dengan Encik L. he hates mall very much dan mungkin ini akan memakan kehidupan kitorang satu hari nanti. jauh ke langit kan aku fikir?

aku sangat sedih actually menghabiskan masa sorang-sorang. ke mane je aku pergi. tapi bukan tu ke semangat perempuan Melayu bile suami pulang berdagang. ye, fantasi itu sendiri membawa aku ke realiti yang penuh dengan keadaan bahaya. 

woha! intro cerita kena tipu dah melonjak ke perenggan tiga. tapi aku masih belum gagah menaip satu ayat berkenaan dengan penipuan itu. berdikari itu maksudkan apa?

masa kat Giant tadi, aku berjalan sorang-sorang. lepas aku tanya Amoi U-Mobile pasal status broadband dengan rasa bosan aku terus masuk dalam Giant tu, beli barang-barang dan belah ape duit yang ada dalam dompet. tak puas dengan itu, aku berjalan di kedai sekitar dalam Giant untuk usha kain-kain cotton buat baju raya. ade pulak skirt-skirt slinky hebat yang diperhatikan menarik disamping tudung syira dan lycra datang memanggil-manggil aku. dugaan membeli barangan tersebut memang sangat berjaya ditepis aku. 

dengan rasa diri diperhati oleh sekian ahli Giant yang ada, tibe-tibe ade seorang guy menyapa aku. die cakap nak bagi aku beg free. lepas tu suruh aku jawab survey untuk bukak lagi satu franchise kat area ni. aku dengan perasaan terbuka nak jawab survey tu.

tibe-tibe promoter tu bagi aku promotion dan card discount ape jad. aku macam buat cool. hati dah ade rase cuak dah. bukak-bukak card discount cabutan bertuah, tibe-tibe aku menang dapur gas rata dengan vakum. aku gelak kekeh-kekeh depan promoter tu. mana tak nye, kena beli barangan diorang dengan harga dalam lingkungan tiga ribu rata-rata. discount RM50, terus boleh dapat hadiah. setakat penapis air, aku tak perlukan kot. pengurut kaki pun tak berapa nak. mixer campur blender harga dua ribu lebih tu membunuh. entah ape barangan lagi yang memang bukan keperluan aku pun. 

dalam hati aku, lancau ape nak percaya. takkan bergolek sangat rezeki sampai aku menang barang harga enam ribu satu hari. this is not poker my dear!

selepas dua orang promoter tak berjaya promote aku, datang pulak la supervisor diorang. yang kata aku tak sepatutnya menang dua barang. aku sepatutnya menang satu. dalam hati aku, ek eleh ape hot sangat barang korang sampai aku kena rebut dua sekali.

masalahnye, diorang meniaga pun dalam keadaan bangang gak. lain kali, meniaga tu cuba baca muka orang. barulah korang boleh tahu word-word ape yang sesuai nak diungkapkan. ni dah tengok dahi aku berkerut, lagi nak teruskan penipuan tahap plastik tu. 

dan dan bile aku tak nak, call lagi sorang bos. check nombor siri segala bagai. lepas tu, bos bagi penerangan yang aku adalah lima belas insan bertuah yang sepatutnya dapat hadiah lumayan macam ni. sepatutnya aku tak perlu menolak tuah.

then, aku memang nak balik sangat dah. diorang mintak duit tiga ratus sebagai deposit untuk satu barang dan aku akan dapat tebus hadiah kalau aku bayar cash. lah? mane pulak aku nak carik tiga ribu untuk tebus barang cash. dan barang tu aku tak perlu??

nasib baik diorang bagi aku lepas akhirnya. aku terus keluar dari Giant dan balik rumah. aku harap adik-adik perempuan di luar sana, cuma perlu jadi zuhud dan sederhana. tak perlu jadi obses dengan benda-benda gila ni. kalau nak beli barangan dalam elektrik ape semua elok korang pegi beli dekat kedai yang exact dari percaya tepi jalan. 

tu je la nak cerita. cerita ni biasa. walaupun aku cakap besar dalam entri ni, di lubuk hati aku sangat takut. adey-chiau.

p.s : di saat kamu jauh, sesuatu menimpa aku. saat ini, aku saat hargai kamu. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.