Pengikut (Blogspot)

Khamis, 10 Mei 2012

mahabbah = si pencinta

hello semua, selamat malam...

macam cepat masa berlalu dalam minggu ni. aku maseh mencari-cari konspirasi dan wayang sebenar rumah Ncik Borhan. cerita style ape pulak yang bermain dalam minggu ni. 

tadi aku layan cerita Mahabbah sesungguh-sungguhnya. walaupun kondisi mata yang sangat mengantok sekarang tak menghalang aku untuk menulis hari ni. wooha! poyo dan sakan betul hati. 

Mahabbah bermaksud Pencinta
mula-mula aku anggap cerita ni biasa. mungkin copy cat dari cerita Mohabbatien. tu pasal aku tak berapa layan sangat dengan daun yang memang sama dengan cerita hindustan waktu aku sekolah menengah dulu. bile awal-awal dah tengok ayah kepada Iskandar dah halang hubungan percintaan tu lagi aku memang agak, cerita ni melibatkan restu mak dan ayah dalam perkahwinan anak-anak.

however, aku tak sangka yang cerita cinta ni drastik. surat perjanjian suruh berpisah memang dah jangka tapi yang tak sangka anak lelaki diorang kena penyakit hati. lepas tu, Salsabila sanggup datang derma hati dekat Ashraf, anak diorang tu kan. dah namenye anak. macam tu ler.

cerita hal kekeluargaan dan cinta. Iskandar dengan Salsabila memang terang-terangan saling mencintai luar dan dalam. kiri dan kanan serta depan dan belakang. boleh menjadi tulang belakang sesama sendiri. tapi masalah restu dengan keluarga. adakah tekaan hati (instinct) ibu dan ayah sentiasa benar?

Salsabila perempuan tabah dan berdikari. ada hikmah kenape beliau dilahirkan sebagai yatim piatu. dan kite harus sedar yang setiap kejadian memang ada hikmah yang tersembunyi. insya-Allah. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.