Pengikut (Blogspot)

Rabu, 30 Mei 2012

jangan pandang kulit kacang, tapi tengok kacang tu baik ke tak

hello semua, selamat tengah malam...

first of all, aku nak mintak maaf atas kecelaruan yang ada dekat blog aku.. al-maklum baru seminggu aku pakai notes. then, semua function yang aku explore ke laut. paling senang menggunakan lappy yang sudah setengah dekad bersama wireless atau broadband yang ada. lagi senang aku nak garap idea aku. kan?

actually. hari ni anggap hari bertuah or hari malang bagi aku. semua pembaca boleh pilih ape yang sesuai. yang penting dalam hati ada sedikit excited! tibe-tibe aku teringat pasal entri aku yang ni fashion # pendandan konon, aku sendiri tahu aku cantik. macam apa yang aku cakap tu patah balik kat aku.

ok. aku da mengantok tapi aku bertabah jugak kongsi cerita. masa dating tadi aku nak share ngan Encik L. beliau macam endah tak endah je. penat la aku nak cerita. 

pagi tadi, aku ade pameran dekat Medan Mara. pasal IBS serba serbi la kan. aku punye booth dah la cikai giler. ni semua pasal last minute decision dari Ncik Bos Botak aku ler. somehow, bagi tak mendukacitakan Ncik Tua Kutuk aku datang dengan azam dan tawakal. aku nak jual servis untuk rumah mampu milik. kan..!

pagi-pagi dah penuh orang datang. bukan kat booth aku la. sebab booth aku kosong. kat area pameran tu. lepas tu, ade sorang makcik tanya aku boleh buat rumah ke tak. aku pun gebang. cakap aku provide servis lukis sistem ibs, buat pelan rumah and bla bla bla. aku sangatlah propa. padahal takde benda pun. 

makin aku bagi explanation, makin ramai yang dekat. termasuk Uncle Architect yang boleh kata isi pada cerita aku ni. Uncle Architect bapak ler sempoi datang. dah ler rambut panjang sampai telinga dengan style layer tak pasal. pakai jeans koyak dengan T-shirt lengan panjang. ala kongsikong kat Teamcoat. tapi one thing, pakai boot la. mungkin boleh bagi markah yang beliau tu arkitek.

Uncle Architect dok tanya aku macam-macam. pasal design. pasal costing dan ape macam soalan yang aku sendiri main hentam je. tanya aku boleh tak IBS buat footing macam rumah kampung. hati aku dah panas. aku just jawab 'saya tak pernah ada experience lagi, tapi mungkin saya boleh cuba kira'. actually aku budget dalam hati Uncle Architect ni tukang kampung. dan lepas tu takkan berminat lagi dengan explanation aku yang ke laut tu. 

yelah. takkan nak malu kat situ. ramai orang kot tengah pandang aku cakap. lepas tu, Uncle Architect cakap kat aku 'kalau u minat, u jumpa saya kat office saya sebelah Tingkat 10'

beliau amek satu kertas tulis nama beliau dari Cawangan Arkitek JKR. ooo my God. serius aku terus jadi ketaq lutut. tak sangka orang yang aku gebang tu Arkitek siot. aku kagum sampai kedu. sampai malam ni terngiang. dan terfikir-fikir setiap butir perkataan itu. adey-chiau. 

# lepas aku balik dari ofis Uncle Architect, kepala aku berat. calculation ape aku nak hentam sebab beliau cabar aku buat proposal. aaaagh!

# dont judge books by its cover ok!


4 ulasan:

  1. ye de slalu jdi gni

    lain kali jgn judge awl2

    BalasPadam
  2. hahaha terkena sudah ye....cepat2 buat proposal...ekekeke

    BalasPadam
  3. ayokk!! habis laa. tapi memang selalunya arkitek memang serabai orangnya. haha :D

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.