Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 4 Mei 2012

ingatan jumaat # waktu dhuha

assalammualaikum, salam jumaat semua...

ni salah satu entri auto-publish. hari ni aku meraikan pernikahan mempelai, dua kawan baik aku masa kat universiti; Mohd Saifullah Hashim dan Fariza bt Abdul Jamil. aku mendoakan kebahagiaan mereka di dunia sehingga ke akhirat dan semoga mereka dikurniakan rezeki yang baik sepanjang di dunia.

bercerita pasal rezeki, surah yang paling ringkas bercerita pasal nikmat-nikmat Allah SWT beri kepada kita ialah dalam Surah Ad-Dhuha (waktu Dhuha) yang merangkumi 11 ayat. surah ini merupakan surah utama dalam solat dhuha yang disunatkan kepada kite bila terbit matahari sehingga ke sebelum waktu Zohor bagi menjamin kelangsungan rezeki yang berkat. mari, kita hayati terjemahan kata-kata Allah SWT yang Maha Pengasih terhadap hamba-hambaNya.



TERJEMAHAN AYAT :

Demi Dhuha [1]
Dan malam yang sunyi sepi [2]
TuhanMu tidak akan meninggalkanmu, Ia tidak benci seperti yang dikata (dituduh oleh orang Musyrik) [3]
Dan sesungguhnya kesudahan bagimu adalah lebih baik daripada permulaan [4]
Dan Tuhanmu akan memberikanmu sehingga kamu redha [5]
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan? [6]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari, lalu Ia memberikan hidayah pertunjuk [7]
Dan didapatinya engkau miskin, lalu Ia berikan kau kekayaan? [8]
Oleh itu, ada pun anak yatim janganlah engkau berkasar dengannya [9]
Adapun orang yang meminta, janganlah engkau tengking herdik [10]
Ada pun nikmat TuhanMu hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai bersyukur kepadaNya [11]


ikut terjemahan ayat ni, yang bermaksud; Tuhan memberikan sehingga kita redha bermaksud setiap ketentuan yang diberikan oleh Allah SWT ada hikmah disebaliknya dan kita harus redha. beberapa contoh kesusahan yang difirmankan oleh Allah SWT berkenaan dengan anak yatim piatu yang dijamin diberi perlindungan dunia serta Allag 

aku jarang sangat amalkan Solat Dhuha. yang aku yakin, sesiapa yang amalkan Solat Dhuha akan mendapat kesenangan dari segi rezeki dan nikmat Allah SWT, sesuai untuk orang berniaga or kontraktor. salam sayang semua. adey-chiau. 




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.