Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

Jumaat, Mei 25

ingatan jumaat # khasiat surah gajah

assalammualaikum, selamat hari jumaat...



Surah Al-Fill merupakan satu surah penceritaan mengenai Abrahah dan tentera bergajah yang menyerang Kota Mekah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW. Abrahah seorang Gabenor Yaman yang berhasrat untuk menakluk Kota Mekah dengan permulaan menyerang Rumah Allah, Kaabah dengan harapan gereja yang berada di Yaman mendapat sambutan pengunjung.

dengan kuasa Allah SWT, turun berbondoong-bondong (beramai-ramai) sejenis burung yang digelar Ababil yang diperintahkan Allah SWT membawa batu panas (dipercayai batu dari Neraka Jahanam) untuk menyerang kembali tentera Abrahah dan penghujungnya, kesan batu panas tadi menjadikan kulit-kulit tentera Abrahah melecur seperti dimakan ulat.

tu cerita pasal kemunculan surah ni. ada beberapa kelebihan Surah Al-Fil yang bermaksud Gajah ni. antaranya untuk menyempurnakan hajat, rezeki dan sedang dizalimi. contoh yang aku tertarik yang aku peroleh dari blog milik Aku ni macam ni: 

SATU : Hajat yang pelik dan ganjil akan terlaksana dengan membaca 20 kali surah ni selama seminggu.

DUA : Rezeki makbul jika membaca surah ni sebanyak 1000 kali selama 40 hari.

TIGA : Dibaca dalam peperangan dan musuh akan lari.

aku baru tahu pasal khasiat surah ni. patutla masa aku tengok video mana-mana tentera Palestin mempertahankan bumi sendiri menjadikan surah ni sebagai latar belakang video. 

surah ni adalah surah pemangkin kekuatan. Wallahualam...

p.s : ada satu sumber beritahu yang surah ni sesuai jugak dibaca 40 kali dalam Solat Tahajud ketika dizalimi. hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahualam.




3 ulasan:

  1. sama2lah kita jadikan surah ini sebagai amalan...moga d beri segala kebaikan dan limpahan rezeki kepada kita...aminn

    BalasPadam
  2. selalu baca waktu solat tapi tak tau maksud.hmmmm

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.