Pengikut (Blogspot)

Selasa, 22 Mei 2012

fashion # pendandan konon, aku sendiri tahu aku cantik

hello semua, selamat pagi selasa...

berpuasa dengan berskirt nista ke office memberi gambaran lebih tinggi di kalangan mata orang sekeliling. saya sangat suka!!

hari ni untuk cerita hal fashion, aku malas nak update fakta. this week macam banyak benda yang aku kena berfikir serba-serbi. berat la konon.

korang suka tak dengan hair stylist? bukan aku nak kutuk kerjaya ni. yang tak seronok bila orang berlainan jantina mengungguli bidang ni. lepas tu, menghias bukan muhrim mereka. memang aku tak boleh nak terima pun. tambah pulak, hair stylist tu mulut persis longkang, penyalur air sisa ke tangki yang penuh dengan sisa-sisa tohmahan dan cemuhan. macam lancang kuning... (tu bukan kapal ke? hahaha)

kalau jumpa satu saloon yang beri khidmat gunting sepuluh ringgit. then, korang rasa rambut korang super serabai dengan kos yang murah dapat menyelesaikannya. bila kat kaunter depan, aku dah explain yang aku memang nak gunting je, aku taknak cuci. punyalah gaya menyambut cakap takde masalah. masuk-masuk je dalam room, suruh korang prepare siap sedia. korang pun buka ikatan pada rambut. 

datang-datang, mamat ke minah? ke mi-mat? kikiki. dengan gaya ala sotongnya. tangan lentik. rambut blonde pacak-pacak ke belakang kerusi korang yang boleh korang perhatikan guna cermin. 

lepas tu belek-belek rambut korang. suruh korang cuci rambut before gunting. cakap rambut korang rosak ada banyak kelimumur. bila korang tak setuju nak cuci, Si Sotong bagi alasan yang mesin gunting saloon tempat beliau kerja akan rosak dengan rambut rosak. boleh terima ke?

common la babey ~! aku engineer kot. komponen mesin yang besi takkan musnah dengan rambut yang merupakan sebatian organik dalam tubuh manusia kot? ko budget aku tak belajar kimia ke fizik ke nak jadi engineer?

aku tahu la aku datang saloon korang pakai T-Shirt UTM yang event Khemah Ukur dengan jeans dengan tudung Ariani bought from pasar malam yang hitam ade kesan seterika sikit. tapi aku ade maruah kot.

aku cakap. aku taknak cuci pun. then, Si Sotong cakap, beliau pun taknak gunting. aku memang panas gile time tu. terus aku cakap, fine awak tak payah buat ape-ape. ikat rambut dan pakai tudung balik. terus keluar dari kedai tu. muka Si Sotong terkulat-kulat. customer lain memang pandang jaki kat aku. tapi what to do?

aku memang stick pada satu keputusan. nak gunting, terus gunting. takat nak cuci dengan conditioner sekalian alam aku pun ade kat rumah la bhai. 

rasanya takde conclusion untuk cerita macam ni. tapi sampai ke sudah aku takkan pegi saloon. korang ingat korang je berbakat gunting rambut? Puan Nenek aku pun reti la. 

First time pakai skirt g office. hihi!!

p.s : kedai bangsa asing. yang memang tak pernah faham fungsi gunting rambut di kalangan Muslimin. 

5 ulasan:

  1. haha...si sotong u nak charge lebih la tu bile cuci rambut..

    BalasPadam
  2. si sotong yg x paham bhasa..

    ala potong sendri je la..hihi

    BalasPadam
  3. haha..mcm ni pon ada..ala tngk cermin potong sndri jer pasni.. ;p

    BalasPadam
  4. Terbaik la
    Aku suka macam ni
    Kita ada hak apa yang mahu kita buat dengan diri kita

    BalasPadam
  5. hahahah saya pernah kena jugak...gereeemmm je...orang nak datang gunting rambut bukan nak dengar dia bebel...siap cakap rambut gugur banyak lah...rambut kering lah..padahal nak pelaku barang diorang benaunya...pastu yg paling x bleh blah tanya lak aku potong kat mana sebelum nih...konon cincau boncai la kot...nak je aku cakap..ni kedai cabuk je tau...sebelum nih aku g saloon...sabor je lah diorang nih...

    pstttt: comel je awak pakai skirt...hehehehe

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.