Pengikut (Blogspot)

Selasa, 1 Mei 2012

fashion # kasut sesuai dengan baju

hello semua, assalammualaikum...

selamat hari selasa, hari yang penuh dengan idea fashion. hari ni, saat ni setiap perempuan mesti ada persoalan ni kalau dah siap-siap dengan baju lepas tu mesti akan tanya ' nak pakai kasut ape ni? ' kan kan kan? lagi-lagi nak pegi kenduri... aku pun ade masalah ni ape.

macam-macam jenis kasut pun yang ada kat pasaran sekarang ni. kalau boleh semua jenis perempuan nak cuba ye tak? tapi disebabkan kite ni golongan sederhana, mungkin ada certain-certain kasut yang kita boleh pilih untuk satu-satu ketika in term nak jimat kos... kan?

JENIS SATU : Stiletto 

Stiletto ni adalah sejenis kasut yang seksi. semua orang pun tahu bab ni kan. lagi-lagi stiletto warna merah pekat. harus yang seksi dipadan dengan pakaian yang anggun. macam skirt labuh atau seluar yang berbentuk pensel (runcing ke bawah). kalau kite alam Melayu sesuai lah nak pakai stiletto untuk baju kebaya or baju kurung moden yang buat korang akan nampak gah dengan stiletto. dan korang sesuai jugak guna dengan baju songket blink-blink untuk majlis kahwin nanti. yes!

Seluar pensil


JENIS DUA : Wedges

Wedges boleh dikatakan kasut yang sesuai dengan semua gaya. kasut jenis ni adalah lebih selesa berbanding dengan stiletto dan sesuai digunakan sewaktu hang out dan keluar jalan-jalan. Wedges jenis sandal sangat sesuai dipadankan dengan jeans dan skirt slinky. Wedges jenis bertutup pulak boleh pakai dengan kain jenis baldu yang sesuai jugak digayakan ke pejabat. 

Contoh Skirt Slinky


JENIS TIGA : Sandal

Sandal adalah kasut sepanjang zaman. Sandal sesuai dipakai dengan skinny jeans, skirt pendek atau yang lebih menarik dengan padanan seluar jenis cropped yang agak kasual dan sesuai jugak ditampilkan ke pejabat. 

Seluar jenis cropped

JENIS EMPAT : Loafers

Loafers adalah kasut bagi orang business. Selalunya loafers sesuai dipadankan dengan pakaian yang formal macam pants suites, khakis jeans dan khakis skirts yang orang business selalu pakai tu...

Ladies Pants
setakat ni dulu lah aku share pengetahuan yang tak seberapa untuk minggu ni. nanti aku share pasal benda yang lebih menarik okey minggu depan. adey-chiau

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.