Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 19 Mei 2012

decor # hiasan entryway ala oulala tropika

hello semua, selamat hari sabtu....

mengantok betul hari ni. melihat adik-adik Praktikal bersungguh menyiapkan report nak submit lepas praktikal, terkenang zaman aku belajar-belajar dulu. 

abaikan cerita pasal report budak-budak, hari ni aku nak share gaya ruang entryways. mean ruang kosong dekat dengan ruang laluan jadi pemisah bilik ke bilik. ruang kosong untuk naik tangga atau ruang hadapan pintu, especially to banglo-banglo yang ada ruang kosong before masuk ke ruangan bilik lain. wohahaha! korang jangan lupe as hari ni hari decor aku kan...!

Hiasan : Tikar, Laci dan Pasu Bunga
gambar kat atas ni, macam yang kite nampak ialah ruangan foyer bagi pintu depan rumah. gaya tropika yang cuba ditunjukkan ialah pada permaidani corak dan warna tumbuh-tumbuhan dengan laci kayu lekap dinding. pasu bunga dengan daun hijau ala tropika as designer punye feature item.

Pasu atau Lampu Bermotif Kerang
okey, disebabkan orang Tropika dan macam Hawaiaan sikit. elok jugak atas meja or laci entryway korang dihiaskan dengan dengan lampu atau pasu atau lain-lain hiasan dengan motif kerang. barulah terasa laut kawan....

Bingkai Cermin Motif Kerang-kerangan
kalau korang ekstrim sangat dengan batu-batu yang korang kutip kat pantai bersama dengan kerang-kerangan, boleh jugak part of benda korang kutip tadi dilekatkan bersama as bingkai cermin. Pilih jugak lampu candeliar yang simple dan warna seakan-akan bingkai biar nampak serasi. tu je


aku paling suka ruangan atas ni. kemas dan teratur ditambah dengan warna-warna merah lumut basi sebagai motif untuk entryway korang. ade jugak pasu yang letak kayu-kayu as hiasan dan pasu di atas meja entryway jugak macam kena je dengan tema tropika kan. belum masuk lukisan dinding corak abstrak dan pasu bunga hidup kat lantai memang menenangkan suasana.

sampai sini dulu hamba berceloteh. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.