Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 7 April 2012

u-mobile saya mesti pilih

hello semua, selamat petang sabtu....

yup, sub sap sub sap aku update. semalam adalah hari yang mengembirakan. tibe-tibe kot! semalam aku dengan pertama kali membeli binatang yang bernama broadband. orang lain dah tukar berkali-kali. aku still hati batu taknak beli. kire aku rela jadi katak bawah tempurung la.

honestly aku pernah nak beli masa zaman aku belaja-belaja dulu. semua kawan-kawan aku pakat nak beli broadband ramai-ramai. masa tu yang paling murah P1Max. aku macam berat hati nak beli. walaupun masa tu, itulah agreement contract yang paling berbaloi. tak kena dengan jiwa je rasa. 

masa tu aku macam dah kena kutuk dengan kawan-kawan. yelah pertikai kenapa aku tak beli broadband. aku pun buat diam je la, bagitau memang aku takde duit kan. last-last rezeki Allah SWT nak bagi, port wireless ade pasang betul-betul depan bilik aku. alhamdulillah. rezeki tuhan dan internet dari computer aku lebih laju dari broadband time tu. sekian. 

sekarang memang aku macam terpaksa beli broadband. first sebab aku ade beberapa benda tepi yang aku kena hantar kalau balik Bangi. nanti aku terpaksa menyemak ke rumah Puan Along untuk emel ape-ape. kedua, internet office buat perangai. pun menyusahkan aku.

semalam, aku dengan Ncik Lizam dengan Cik Hawa lepak dekat Giant Batu Caves. masa orang U-Mobile promote kat aku sungguh-sungguh. agak best, promote 5GB dengan harga RM68 sebulan. ooh, hebat. konon sebab Celcom punya offer 5GB tu kena bayar RM98 sebulan. 

dan zaman la ni, ape-ape broadband beli takde contract setahun dan bla-bla. bile-bile masa boleh terminate. yehee. suke aku nak bayar ke tak. keh keh. tipu je.

U-mobile Broadband
semenjak guna sejak semalam. ape katanye bile tengok youtube takde buffering? tapi kawan ni baru sehari servis kan. kite test sebulan macam mane dulu. 

okey. aku ade keje luar nak buat hari ni. ade masa nanti aku update lagi. adey-chiau.


4 ulasan:

  1. ok x awk pakai u mobile nih...nak thu juga

    BalasPadam
  2. pakai celcom 5g kontrak utk gov servant dpt 50 hengget. ;)

    BalasPadam
  3. akk pakai celcom..en suami pernah bincang nak tukar pakai streamyx tp akk tak nak.ssh nak bawak kemana2..:)

    *mana ada masalah.kenapa tnya macam tu?hiks..

    BalasPadam
  4. kalau kat rumah, lebih prefer pakai streamyx dari broadband.


    tapi kalau yang jenis nak ber-online sentiasa, baik pakai broadband tu.. senang nak bawa. seluk celah poket pon muat hehee..


    *nanti dah habis sebulan boleh la habaq mai prestasi dia~


    :)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.