Pengikut (Blogspot)

Ahad, 8 April 2012

sihat-kan? bahan semulajadi untuk eye bag

assalammualaikum semua, selamat hari ahad...

aku ada masa dalam 20 minit untuk taip blog sekejap. emm, dengan broadband semua pun boleh. acyeh, bangga. hari ni aku nak cerita tips sihat. ko sihat ke, mastura? sihat la kat perut. sebab makin gemuk sekarang. hihihi. 

okey. semenjak Encik L agak selamba dengan aku. mean takde perasaan malu-malu nak sound kalau aku buat salah, senang cakap beliau dah pandai complaint. dulu masa baru-baru kenal semuanya tak kesah kan. bila dah dapat. ade je yang tak kena. 

paling teruk sekali kot, aku ada masalah eye bag. kritikal ke, aku rasa biasa tapi Encik L anggap tu teruk sebab aliran darah di antara mata terganggu. kira bukan sebab nak cantik la beliau suruh cater masalah ni. sebab tak sihat. menyampah aku dengar alasan tu.

ni tahun 2010. sekarang teruk lagi
punca utama masalah eye bag ni ialah kekurangan masa mata untuk berehat a.k.a tidur. hari ni aku share macam mata masalah eye bag boleh dikurangkan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. insya-allah kurang. 

BAHAN SATU : TIMUN

Nyaman je tengok!
Potong timun tebal-tebal. Kepingan timun ini akan bertindak sebagai agen penyegar mata yang paling cepat yang pernah diuji kerana boleh mengurangkan bengkak di bawah mata dan kawasan sekitar. Tepek timun di atas mata setiap hari selama 10 min hingga ke 15 min sebelum tidur bagi mengembalikan kesegaran mata. 

BAHAN DUA : UNCANG TEH

Membazir teh. keh keh.
Letakkan satu uncang teh atau satu ketulan ais (yang dibalut dengan kain) setiap hari. cara ni jugak boleh mengurangkan bengkak di mata. tapi cara ni disarankan pada waktu pagi sebelum pegi keje. sanggup ko Jah? bangun pun tak menentu. macam mana nak tepek uncang teh ke muka. buat minum boleh ler. hua hua. 

BAHAN TIGA : GARAM DAN BAKING SODA

Penangan garam
Cara ni aku baru tahu hari ni. Caranya ialah bancuh 1/4 sudu garam bersama dengan 1/2 sudu baking soda dalam air (kuantiti 2 cawan). baring mengiring dan sapu ke bahagian atas hidung. cara ni berkesan sangat bila time tu rasa nafas tersumbat. kira macam boleh melancarkan pengaliran darah gitu.

BAHAN EMPAT : KENTANG

Buat wedges pun sodap!
Cara ni memerlukan blender buah. blend sebijik kentang dan amek pati tu tepek kat mata. biarkan selama 30 minit dan cara ni berkesan untuk sesetengah orang dan aku rasa untuk eye bag yang tak teruk. punca, kentang ada agen pemutih kulit yang hanya akan bertindak sebagai bahan pemutih semata. ada faham tak maksud aku ni?

BAHAN LIMA : SUDU SEJUK 

Amek sebesar bijik mata

ni paling simple. pegi sejukkan sudu dalam peti ais. bila dah sejuk amek balik dan letak pada permukaan mata sehingga sudu sejuk dah tak sejuk lagi. settle.

okey. aku nak siap-siap ni. pekena masker sekejap dan ready untuk pegi rumah Puan Nenek. selamat hari ahad semua. adey-chiau.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.