Pengikut (Blogspot)

Ahad, 15 April 2012

sihat-kah # rumah-ku, spa-ku jua

hello semua, selamat hari ahad...

ahad adalah hari untuk memanjakan badan. masa ni urat-urat tergeliat nak dibetulkan. minda yang serabut tu bawak-bawak la direhatkan. bolehla hari isnin takde blues. hahaha, poyo kan?

hari ni aku nak share, antara benda-benda best yang membolehkan kita menjadikan rumah kita spa. aku pun tak pernah cuba benda-benda macam ni. aku rajin buat masker je pun kat rumah. so kalau ada masa hari ahad tu, apa kata kite cuba semua bahan yang ada kat rumah dan berlagak seperti ada spa, okey?

PERKARA SATU : TONER MAWAR
mula-mula haruslah ada pokok mawar kat rumah kan. kemudian petik la biar penuh satu mangkuk. lepas tu letak air panas dengan sukatan 2 kali ganda banyak dari jumlah kuntum-kuntum mawar itu. tutup bekas sehingga pati tu sejuk. lepas tu perah la sisa-sisa mawar dan simpan dalam bekas or balang. kan dah jimat duit nak beli Air Mawar Mustika Ratu untuk jadi air masker. hihihi

Gadis Adalah Mawar Berduri

PERKARA DUA : MASKER BUAH-BUAHAN
kalau dah terlebih rajin sehingga merasakan harga Masker Bengkoang Mustika Ratu yang berharga RM5.00  itu adalah mahal, apa kata korang kisar je yogurt, madu, lidah buaya dan apricot dalam satu pengisar. lepas tu tepek kat muka. duduk depan kipas, biarkan kering selama 20 minit dan bilas sampai bersih. tak bersih jap lagi semut datang hurung kan. tak tanggung okey!

Gadis Adalah Timun Segar

PERKARA TIGA : MINYAK KELAPA
mungkin korang boleh beli kelapa parut dan goreng kerisik. perah minyak kelapa tu. amek sapu pada rambut. perap rambut dengan minyak kelapa semalaman. iya, boleh membuatkan rambut yang ikal dan kerinting terutamanya bersinar.

Gadis Adalah Minyak Kelapa Pelbagai Fungsi

PERKARA EMPAT : SCRUB GULA MERAH
gula merah dikatakan boleh membuatkan kulit korang lembut seperti mentega. gabungkan gula merah, oat mentah bersama dengan minyak zaitun. kemudian, gosok pada permukaan kulit yang kering secara membulat dan perlahan-lahan. make sure korang gosok perlahan-lahan dan lama-lama sehingga sebatian betul-betul meresap dalam kulit. so, kaedah ni sesuai untuk korang yang memang takde kerja langsung hari ahad. barulah badan boleh manja sakan.

Gadis Adalah Gula Perang (Manis-manis Tawar)

PERKARA LIMA : LOSYEN TANGAN 
sambil korang bosan-bosan tengok televisyen sambil melayan cerita Nona. boleh jugak korang try buat losyen tangan sendiri. tapi losyen ni tahan satu hari je ler. beli krim, campur dengan setitik minyak teh, beberapa titik minyak lavender dan sedikit pisang (untuk bau wangi) dalam pengisar. kisar semua bahan dan sambil tonton Nona, sapu ke bahagian tangan dan kaki untuk melembutkan kulit-kulit bahagian itu. hehe!

Gadis Adalah Losyen Lembut Dan Tenang

PERKARA ENAM : AIR PANCUT SAUNA
ni perkara yang paling best. basahkan badan dengan air panas selama 20 minit sambil tu lap badan dengan tuala yang sudah disembur dengan minyak wangi kesukaan korang (lavender, vanila, etc). hidu bau dan tenangkan minda korang. bila dah selesai, ambil satu tuala muka dengan minyak wangi yang sama dan lap pada muka. ambil masa untuk menghidu bauan dengan otak yang tenang. cara ni akan bolehkan korang senang tidur malam dan mengurangkan selsema di waktu pagi. 

Gadis Adalah Sauna (Panas Tapi Baik)

PERKARA TUJUH : KEGELAPAN YANG TENANG
apa yang paling best, bila korang stress kerja malam-malam tu. duduk dalam suasana yang suram. pasang lilin wangi dan hidu bau manis yang disukai. satu terapi untuk buat korang selesa lepas satu hari yang panjang.

Gadis Adalah Lilin Wangi Yang Tenang
okey. aku dah senaraikan perkara-perkara yang boleh buat sendiri kat rumah dan tak payah pegi spa or beli kat kedai pun. hope boleh manfaat pada aku juge. mahu rehat-rehat. adey-chiau.

8 ulasan:

  1. semua nih mcm susah je...kena cri kat supermerket, kat rumah kofem tekdek...hehe

    BalasPadam
  2. perghh..spa kat rumah.kalau la semudah tu kan.kalau dah memang jenis malas like me,memang takdela nak buat sume tu.hahaha

    BalasPadam
  3. weehaaaa
    byk jugak perkara yg saya suka
    hihihihi :))

    BalasPadam
  4. bagus juga semua ni tapi klu namanya malas apa pun tak boleh.haha..akak ahad pun kerja lor..:)

    BalasPadam
  5. wow! bestnya.. bila dah ada anak... dah lpa semua ni... huhuh

    BalasPadam
  6. bagus .. kq

    tapi jangan malas" ajha gx baik


    mampir yah :)

    BalasPadam
  7. nice blog dear..hahahha plg sy suke tips ni lah..haha u best sempoi n funny! teruskn ok X)

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.