Pengikut (Blogspot)

Ahad, 15 April 2012

sedarlah Mastura, ini kesilapan yang nyata

assalammualaikum, selamat malam...

rancangan hiburan adalah menenangkan hati. semenjak beberapa hari yang penuh kecamuk dan telah sampai ke puncak. aku hampir ingin putus dengan insan yang bernama lelaki. aku perlu jujur dalam kenyataan yang aku sendiri keluarkan. betul tak?

bagi aku, seorang perempuan itu adalah penyokong kepada lelaki. tapi aku bukan ingin menyokong ala-ala nenek moyang aku yang tunduk. aku hormat siapa itu lelaki. aku faham apa erti hormat dan aku tahu aku ada limit. aku hormat sebagai orang yang disayangi tapi dalam masa yang sama demi Allah SWT aku mahu pergi jauh.

betul, kata Imam Syafie setajam-tajam benda adalah lidah manusia. dan aku punyai itu. namun, aku tak berniat. demi Allah SWT, aku tak berniat nak berkata kasar atas sesuatu perkara yang baik. aku tak salahkan didikan, aku tak salahkan latihan ibu bapa. cuma, aku selesa mengungkapkan sesuatu kata kesat kepada seseorang yang ada potensi, ya untuk pergi jauh. bersama aku.

bodoh. aku menganggap Encik L bodoh. for the most, I mean it. kadang-kadang, apa yang beliau suruh aku kejar dan teroka tapi tak diterokai oleh beliau. siapa lebih bodoh sekarang? untuk pertama kali, aku diuji berkenalan dengan seseorang yang seriously naif. naif itu adalah perkataan baik untuk bodoh. jadi, aku tak faham kenape. once kita rasa orang itu ada potential dengan kita. kita sepatutnya menasihati dengan perkataan naif dan bukan dengan perkataan bodoh?

aku berkata kasar dengan niat untuk beliau bukak mata. apa itu dunia kontraktor. apa itu dunia putar belit. dan apa itu dunia pembinaan. namun, kata-kata kasar aku dianggap penghinaan. kalau aku tak hina, aih, kalau aku tak tergadahkan yang hidup Encik L sebagai papa. ade ke beliau sedar? 

aku tahu, aku bukan perempuan baik untuk dihampiri. aku tahu, aku bukan perempuan lembut untuk dihormati. aku tak harapkan penghormatan setinggi gunung. aku tak harap gunung itu intan. aku survival dengan kamu dan aku ada satu azam dalam perhubungan, dalam pekerjaan. aku nak mencapai apa yang aku angankan. itu engineer, akan hambur marah kerana imaginasi itu tidak sampai pada realiti.

silap beliau. berkenalan dengan aku. seorang engineer kecil-kecilan yang sedang berlari mencari nama besar. dan silap beliau, memiliki gadis yang tak memikir acara gadis. semua ada silap dan aku semakin putus asa membetulkan kesilapan. adey-chiau.

2 ulasan:

  1. hm.. hope baik2 belaka.. setiap org pasti ada slh silapnya.. InsyaALLAH, beri masa utk perbaiki =)

    BalasPadam
  2. perjalanan hidup mencari teman yg kita mahukan suatu hari ada ikatan itu memang memeritkan,lagi2 bila kita tidak sehaluan.kalau jodoh kamo kuat,Insyaallah semuanya baik2 saja..kerana walau apa pun,lelaki dan wanita itu saling melengkapkan..

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.