Rajin Menyinggah

Kenal dari Facebook

jamu mata, minat klik klik

Sabtu, April 7

rumah # cara nak beli rumah second

hello semua, selamat hari sabtu...

yup. sabtu dah lama aku tak post ape-ape. mula-mula aku decide nak cerita pasal perkara yang berwarna-warni. kat sini aku nak ubah sikit kepada macam mana nak hias rumah or perkara-perkara yang berkaitan dengan rumah. aku tau aku takde rumah lagi.

so, mari aku kongsikan cara-cara kita nak beli rumah second hand. ade beberapa perkaran yang kita patut check sebelum beli rumah tu. kire macam kondisi rumah tu la. bahagian-bahagian penting untuk kita periksa. jom, check it out

bahagian pertama yang perlu diperiksa ialah TULANG RUMAH atau struktur rumah macam beam, column, kekuda atau apa-apa yang mendokong kekuatan dan keutuhan sesuatu bangunan tersebut. 

semak je aku tengok rumah ni
perkara kedua yang kita perlu semak ialah BUMBUNG. lagi-lagi kalau yang tajam bumbungnya. cepat bocor kalau macam tu kan. tengok ada bocor ke tidak. ade sistem alirkan air hujan ke tak. kalau fikir nak beli jugak, ape precaution-nya. simple

perkara ketiga, periksa ruang kerap guna macam TANDAS dan DAPUR. periksa w/c okey ke tak, tile dah pecah ke belum untuk tandas. untuk bahagian dapur, pastikan korang berkenan dengan lokasinya. kalau tak berkenan, takde mood pulak nak masak kan??

perkara keempat, tengok kemasan macam plaster siling, wallpaper, carpet, lantai parapet dan bla bla bla yang arkitek punye part tu. kalau dah tercabut mintak ler kurang harga. hua hua hua.

perkara kelima, tengok bahagian WIRING macam lampu, kipas dan ape-ape yang berkaitan dengan elektrik. check masih berfungsi or sebaliknya...

perkara keenam, ada yang suka lihat permandangan kan. cuba usha-usha TINGKAP dan pemandangan dari dalam ke arah luar rumah. sedap ke mata memandang?

perkara ketujuh, usha tempat PARKING korang yang outdoor, sebab tempat parking agak mahal nak repair kalau rosak kan. paling menahan kalau korang bitumen dah berapa riban korang habis kan?

perkara kelapan, kalau rumah korang ada pokok-pokok LANDSCAPE cuba check, korang perlu repair or maintain jer. sebab itu pun makan belanja beso jugak der.

sekian untuk perkongsian. adey-chiau.


2 ulasan:

  1. nak rumah baruuuuuuu. hee.

    BalasPadam
  2. hehe mesti kena check itu semua klu nak beli rumah 2nd hand..:)

    BalasPadam

Jom komen ramai-ramai...



Si Tulis

Foto Saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.