Pengikut (Blogspot)

Isnin, 30 April 2012

monday blues # orang kita

hello semua, happy monday blues...

semua orang dah bercuti sekarang ni. hibo hati den. semua orang dok mengular hari ni. iye la kan, esok dah Hari Buruh yang menyebabkan kita perlu meraikannya bersama-sama dengan pemergian Ncik Bos Botak ke Miri. ahahaha. honestly, jadi lemau nak buat kerja even Ncik Bos telah memberi beberapa kerja melalui telefonnya sebentar tadi.

hai Melayu kita. aku pesan kepada diri sendiri. sabtu lepas kan, aku pergi jawab periksa untuk jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara kat PICC, Putrajaya. alahai, memang aku target tak lulus pun. bagi aku maseh ada yang memerlukan jawatan tu melainkan aku.

sambil mendengar lagu Rela yang dinyanyikan oleh Inka Cristie ni aku masih teringat lagi perangai Melayu kita yang kadang-kadang ramah tapi cerita tak bertempat. macam mane nak explain ni?

macam ni, bila kite di kalangan orang yang kita tak pernah kenal macam dekat pusat peperiksaan tu kan. macam mane kita nak berborak dengan benda-benda yang buat orang lain tak rasa kita ni propa? macam lah kita sorang yang vogue in the vast kan, yang kerajaan patut pilih kau pangku jawatan ni? boleh tak kite nak berfikir benda-benda ni?

kite ni soranglah anak pengerang jantung hati mak dan ayah yang terpaksa ambil periksa seperti tidak mahu mengecewakan hati mak ayah kite. perlu ke kite cerita benda tu semua.

kite ni sorang yang sanggup berhabisan sampai ribu-ribuan kat Pesta Buku Antarabangsa sebab nak lari dari cukai pendapatan, kite seorang kaya kesimpulannya. perlu orang sekeliling yang kenal seminit mengerti ke benda-benda macam tu?

kite ni sorang yang berpengetahuan luas serta membodek kawan sebelah kita. kite punya sedara ramai, sedara kita jurutera kat kilang televisyen antarabangsa. kawan sebelah kita jurutera kilang televisyen jenama tempatan. tapi tak perlu propa sangat cakap jenama tempatan milik kawan sebelah kita super dari antarabangsa. kata-kata bodek yang nampakkan kite ni tak jujur agaknye. disebabkan kite macam pengetahuan luas, tak payah kite beri tahu yang rumah kita ada televisyen jenis plasma yang dibeli beramai-ramai pakat sedara mara kite kan.

kite ni sorang yang meminati bidang periksa yang kita ambil sehingga kite boleh teka yang kite ni salah satu soalan aje dalam Ujian Pengetahuan Am. apa agaknye perasaan orang yang tidak ade kene mengene dengan kursus ni yang berhempas pulas berusaha untuk sesuap nasik mendengar pesaing mereka macam tu. mane letak budi bahase orang kite? 

itulah perangai orang kita. mane-mane tempat pergi memang ade orang macam ni kot. tak perlu macam tu la orang kite. ikot resam padi, makin berisi makin tunduk. rindulah dekat padi Tg Karang. nak jamu mata lagi. adey-chiau. 


7 ulasan:

  1. terlalu menjaga status mungkin..

    BalasPadam
  2. heeee
    jadilah org kita yg baik2 sahaja
    :))

    BalasPadam
  3. ~hehe..ragam manusia bermacam2 :)

    BalasPadam
  4. Yeay today dah cuti, slmt bercuti

    Btw
    Salam kenal
    I singgah n follow kamu here

    BalasPadam
  5. happy buruh day!!
    org melayu kita........uhhh

    BalasPadam
  6. selamat hari pekerja
    sentiasa untuk menjadi pekerja yang jujur kepada semua

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.