Pengikut (Blogspot)

Isnin, 23 April 2012

monday blues # cinta tak pernah gagal

helooo semua blogger yang blues, ini isnin la...

Cinta Tak Pernah Gagal

okey. untuk hari-hari yang geli diselangi dengan blues isnin. aku terpandang kata-kata ni bila aku taip perkataan love dalam imej carian google.

ya, cinta pertama aku belum gagal. malah aku sedang semai jadi bunga yang wangi. ya, aku mengangkat syukur bahawa cinta pertama aku tak lagi gagal, kerana Encik L menyiram baja-baja yang penuh dengan zat memahami serta aku belajar menelan zat-zat sabar, percaya dan perhatian bagi mengurangkan bakteria curiga dalam perhubungan.

ya, cinta pertama aku masih bertahan. aku terima gen-gen Encik L seadanya. aku punya impian lelaki yang Dia jadikan kenyataan. aku masih bertahan kerana Encik L adalah bayangan kekasih yang aku impikan dari kecil-kecilan.Ya Allah, syukur impian aku bakal jadi kenyataan. Ya Allah, alhamdulillah aku simpan perjuagan cinta selepas belajar dan aku temui kebahagiaan. 

ya, cinta pertama aku kekal ke hari ini dan aku harap cinta pertama aku kekal hingga syurga. Ya Allah, hanya satu permintaan dari hati. aku rela menjalani segala kesusahan dunia dan akhirat bersamanya, namun kami insan kerdil, bantulah kami menuju jalanMu, dalam menempuhi pelayaran hidup ini. Amin. 

okey. ni boleh kata entri paling menyampah untuk minggu ni. muntah ramai-ramai. adey-chiau. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.