Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 13 April 2012

melaka 2 # ape salah berjalan kaki

hello semua, salam jumaat yang berkat...

oh. iya. aku nak cerita pasal pengalaman Melaka lagi. macam best je pegi bercuti ye tak? takde la best sangat pun actually tapi ape-ape hal aku tetap enjoy. jadila kan, untuk kepuasan diri sendiri.

lepas je sibuk dengan Panglima Awang Hitam semalam, keluar je dari kapal terus masuk muzium yang sebelah kapal tu. muzium ape, paling dekat dengan kapal tu. kan masuk 3 muzium sekali gus pakej kalau masuk kapal.

lepas daripada tu, Ncik Caah tanya. ke mana kite lepas ni. aku cakap Istana Melaka. dah tu semua orang tanya. aku tanya akak-akak situ semua kata dekat. hampeh punye dekat. jauh giler tau. ade lah dalam 20 minit perjalanan. serius peluh!

Ni perjalanan balik. Tu pasal gembira kan...
aku memang suka tengok rumah-rumah kayu masalahnya. walaupun aku tengok dah dua kali aku tak bosan lagi kot. macam-macam design yang aku tak tau lepas ni aku boleh kecoh dengan Encik L kan...!

Keletihan la ni, takkan bersidang dengan Sultan pula?
itu adalah picture lepas pusing Istana Melaka yang sangat-sangat luas. kira macam Sultan punya rumah style bawah office dan atas tempat tido. macam style aku kat Teamcoat je. aku ni puteri kot, hua hua hua.

dalam Istana Melaka ni macam dah kurang bahan pameran. dulu lagi banyak dari ni. masalahnye aku dengar cerita yang patung Hang Tuah dengan Hang Jebat tu bertarung betul-betul malam-malam. macam mane kan?

Haikal - Atie - Hawa
ni transit dekat dalam Dataran Pahlawan. alternatif untuk berjalan secara sejuk (air-cond ke Menara Taming Sari). kire macam shopping complex untuk orang-orang Melaka. ade macam-macam baju berjenama atas tu dan dihiasi dengan air pancut yang menyejukkan mata.

Air pancut Dataran Pahlawan
lepas dari lepak kat kerusi urut, iya terus berjalan ke Ayer Keroh. tengok Taman Buaya pula. tu aku bagi cerita untuk next entry pulak la.

aku nak g gaduh dengan Encik L ni. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.