Pengikut (Blogspot)

Khamis, 12 April 2012

melaka 1 # Panglima Awang Hitam

hello semua, selamat petang...

hari khamis yang bermain-main. yup, bermain-main. aku nak up-date pasal aku pegi Melaka semalam. terjah malam selasa. makan asam pedas pukul 0100 pagi kemudian tidur di apartment toilet cuci sendiri adalah pengalaman. best ke tak tu, masing-masing punya perpsektif ye dok?

makan sarapan merangkap makan tengah hari di Medan Selara Bandar Hilir yang terletak berhadapan dengan replika Kapal Portugis bersama dengan menu asam pedas lagi. lebih baik rasa dari semalam. 

dengan berbekalkan selipar baru yang dibeli dengan tema blink-blink Melaka aku melangkah laju ke Kapal Portugis bersama dengan adik-adik praktikal yang gagah jika dipandang sekelip mata. pandang kelipan kedua, emm pikir balik ape yang ko statement kan ini Mastura....

dalam kapal, aku bertindak sebagai cikgu sejarah. semestinya subjek favorite aku kan. tapi bila mereka bertanya pasal Panglima Awang Hitam. siape kah? aku memang sungguh terlupa dengan Ncik Pirate of Carribean versi Melayu ini. teng teng teng.

Si gemuk bersama Panglima Awang Hitam
nak beli buku Panglima Awang Hitam, abang-abang muzium jual RM350.00 satu. telan air liur saje. itu lepas nak ganti bateri lappy aku. tak mampu la aku nak beli buku untuk kenal sape dengan Panglima ini. Awang oh Awang.

okey, kalau aku cerita pasal ape yang ada dalam kapal jap lagi, satu Malaysia pun pernah round dalam kapal tu. takde ape perubahan sangat kot. sempat jugak aku bersalam dengan patung Hang Tuah sambil bertanya Taming Sari ade mane ye bang? keh keh keh

perasaan aku meluap-luap sehingga bermimpikan Encik Awang yang Hitam ini digelar sebagai Henry the Black oleh masyarakat Portugis dulu kala. Portugis zaman kini, entah kenal entah tidak kan. Panglima Awang Hitam merupakan tebusan perang masa tahun 1511 tu la, masa Portugis menyerang Melaka. 

dalam kapal perang kan, terpaksalah Panglima Awang dirantai bersama-sama tebusan yang lain untuk dibawa ke Portugis. tapi ade sesuatu sifat pada Panglima Awang which mean berani membolehkan beliau mengambil hati ketua kapal bernama Ferdinan Magellas. Panglima Awang dibebaskan dan bekerja sebagai kuli kapal. okey la kan, naek satu tingkat kehidupan.

masa tu, Magellas memanggil Panglima Awang sebagai Enrique bagi elakkan kelasi lain dok hangin dengan beliau sebab beliau orang luar kan. sampai je Portugis, Ferdinan ni buat hal dengan Raja Portugis dan angkat kaki ke Sepanyol bawak sekali Panglima Awang. sampai Sepanyol, Raja Charles buat permintaan kepada Ferdinan untuk mengelilingi dunia pulak, carik tanah-tanah yang boleh buat diorang jajah.

Ferdinan menyahut seruan tu la kan. disebabkan jalan kapal timur dah dikuasai oleh Portugis dan sekutunya. acheh wah, jangan harap le mereka boleh mengembara dengan selamat. mereka pun bersetuju untuk mengembara dari jalan barat dengan prinsip yang memang azali diketahui dalam Al-Quran 'bumi ini bulat' orang putih yang jahiliah time tu menganggap yang bumi itu leper. sape suruh, kan?


Kapal Victoria sedekah kerajaan Sepanyol
mereka berjaya mengembara ke jalan barat lalu Ferdinan meninggalkan tanda sebagai nama Selat Magellas di Amerika Selatan. dan mereka teruskan perjalanan yang panjang lalu sampai ke kawasan barat yang pertama; Cebu, Filipina.

laluan dari Barat ke Timur
betapa seronoknya mereka. sebab dah sampai semula ke kawasan Tanah Melayu iaitu titik tengah perjalanan antara timur dan barat. satu kapal sangat happy. ber-das meriam diorang dok main buat bunga api. masa tu Raja Filipina terkejut ingat ada orang nak serang pulau mereka. ape lagi, balas balik la serang-menyerang. dalam tragedi tu, Ferdinan mati. *padan muka kau, keh keh.

dan tugas kapten diambil oleh Sebastian Cano yang agak bengap dengan pengurusan kapal. at last, Panglima Awang yang tak pegang jawatan kapten tu bantu ape yang patut. mereka lalu di kawasan Melaka yang dikuasai oleh Portugis. sebab Sepanyol musuh dengan Portugis, Panglima Awang tak jadi balik kampung dan meneruskan perjalanan semula pegi Spain dengan menipu bendera kapal kepada bendera Portugis masa lalu Selat Melaka. agak-agak ape perasaan tak dapat singgah kampung sendiri eh? 

Persamaan dengan Panglima Awang Hitam = warna kulit. hui hui


sampai je dekat Sepanyol, Panglima Awang pegi bagi khabar berita yang Ferdinan dah mati dah. dan beri keping-keping yang Raja Charles nak sangat tu. sebabkan bangsa Barat ada sifat ego, padahal Panglima Awang yang dok pusing satu pusingan dunia. dan dan pulak Ferdinan dapat nama dalam buku. malu kot, tak buat dapat nama. 

Feeling Panglima sikit berdiri kat dinding kapal!


habis dah cerita pasal Panglima Awang Hitam yang hardcore mengelilingi dunia ikut jalan yang tak pernah lalu seyh. buat aku sebagai bangsa Melayu semangat weeeyh. Melayu takde ler teruk sebenarnya. antara semua bangsa kita punyai genetik survival kot. fikir-fikir kan, okey! adey-chiau.



p.s : orang cakap Panglima Awang Hitam last skali convert Kristian. betul ke? bagi aku la kan, aku sendiri pun tak tahu. lagipun, kalau Awang tak convert Kristian, Ferdinan la convert Muslim. diorang kan best friend. jauh sangat aku fikir ni. bye!


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.