Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 13 April 2012

ingatan jumaat # surah al-insyirah

assalammualaikum semua, salam jumaat...


TERJEMAHAN AYAT:

Bukankah kami telah melapangkan bagimu: dada (wahai Muhamad serta mengisinya dengan hidayah dan pertunjuk?) [1] Dan Kami telah meringankan daripadamu : bebanmu (mensyiarkan Islam) [2] Yang memberati tangunganmu (dengan memberikan berbagai kemudahan) [3] Dan Kami meninggikan bagimu : sebutan namamu (pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan) [4] Oleh itu, maka (percayalah) bahawa tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan [5] Dan (ditegaskan sekali lagi) : tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan [6] Kemudian, apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhla engkau berusaha (untuk amal yang lain pula) [7] Dan kepada Tuhan tempat engkau bermohon (segala yang kau hajati)

okey, selesai memahami baris-baris ayat dalam surah Insyirah yang sesuai dibaca untuk orang-orang yang sedang menuntut ilmu. tak pun masa solat Subuh kan. 

daripada ayat-ayat ni, ape yang aku faham ialah tugas umat Muhamad adalah lebih senang menyampaikan dakwah pada masa kini berbanding dengan umat yang terdahulu. sesungguhnya, kita perlu berusaha menuntut ilmu dan menyebarkannya kerana sesungguhnya Allah SWT dan tetapkan dalam kesusahan itu dihadiri dengan kesenangan. 

sekian, jadikan ayat ini amalam dan doa untuk berjaya okey. wsalam...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.