Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 27 April 2012

ingatan jumaat # si pencaci

assalammualaikum semua, salam jumaat...

disebabkan harta aku yang makin berkurang dan hidup selalu dalam keadaan kesempitan wang terutamanya.  aku terbaca pasal Surah Al-Humazah (Si Pencaci). kebergantungan kita terhadap nilai ringgit masa kini memang membuatkan kita tak terlepas daripada sikap pencaci, mengeji dan berhitung-hitung. astagfirullah al-azim. 

sesuatu yang benar, menurut surah yang diturunkan semasa dakwah yang pertama ni bahawa Allah SWT telah menetapkan tempat-tempat special untuk mereka dalam neraka yang bergelar Hutomah seperti dalam tafsir yang tertera.


Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci; pengeji [1] 
Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya [2]
Dia mengira bahawa harta itu dapat mengekalkannya [3]
Sebenar-benarnya Tidak! Sesungguhnya mereka akan dicampak di dalam Hutomah [4]
Dan tahukah Kamu apa itu Hutomah? [5]
Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan [6]
Yang Sampai ke Hati [7]
Sesungguhnya api itu ditutup rapat di atas mereka [8]
Sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang [9]

sungguh ngeri mengenangkan azab, dosa yang sering dan kebanyakan orang lakukan. termasuk aku, hamba yang hina. seperti ayat 6 hingga ayat 9 menerangkan rupa paras neraka tersebut. sakit panas sampai hati. membakar seluruh tubuh semasa diikat pada tiang-tiang yang panjang. nauzubillah min zalik. jauhkan aku dari seksaan api neraka. 

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.