Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 6 April 2012

ingatan jumaat # kisah lembu betina

assalammualaikum, salam jumaat...

aku dah bertangguh benda ni berminggu-minggu. untuk menceritakan ayat berkenaan dengan lembu betina dalam surah al-baqarah. hati aku tak puas mengkaji. sebab ingin tahu aku sedikit kembali ke Maha Pencipta. syukur sikit-sikit.

maybe ramai yang dah tahu cerita lembu betina masa zaman Nabi Musa AS, aku tertarik dengan kisah disebalik surah ni. agak kagum dengan blogger yang dah menulis KISAH LEMBU BETINA masa tahun 2009. ketinggalan aku rasanya. korang boleh klik link untuk baca. memang tak sia-sia singgah.

TERJEMAHAN AYAT:


Dan(ingatlah), ketika nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata :"Adakah kamu mahu menjadikan kami bahan ejekan?". Nabi Musa menjawab : " Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang daripada orang-orang yang jahil". [67]

Mereka menjawab :" Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami tentang apakah lembu betina itu".Nabi Musa menjawab :"Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina yang tidak tua dan tidak pula muda iaitu pertengahan antara itu, maka lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu". [68]

Mereka berkata: " Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apakah warnanya". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang bunting yang kuning, yang kuning tua warnanya lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya". [69]

Mereka berkata : Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat lembu betina kerana sesungguhnya lembu itu(masih) samar bagi kami dan sesungguhnya kami Insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk memperolehi lembu itu). [70]

Nabi Musa berkata :" Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah digunakan untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi air, tidak cacat, tidak berbelang". Mereka berkata : "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat lembu betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu". [71]

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan. [72]

Lalu Kami berfirman:"Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota lembu betina itu!". Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaanNya agar kamu mengerti.[73]

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal dicelah batu-batu itu memang ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan dicelahnya  memang ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan dicelahnya memang ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lupa daripada apa yang kamu kerjakan. [74]

sebenarnya kan, beberapa ayat ni mendatagkan pelbagai pengajaran dan bukti kekuasaan Allah SWT amnya. dengan perlakuan yang degil dan angkuh seperti Bani Israel tu memang boleh memakan diri sendiri. kalau difahami betul-betul dari ayat 69 hingga 70 menunjukkan sikap angkuh dengan mengajukan terlampau banyak soalan pada Maha Pencipta sendiri. sesungguhnya apa yang ditetapkan Allah SWT tu memang ada hikmahnya. 

tu je, ayat ni memang betul-betul menambah yakin bahawa setiap perkara yang jadi itu ada terselindung hikmahnya. lembu betina yang disembelih oleh Bani Israel adalah untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku semasa tu. untuk penceritaan lebih lanjut (kalau minat) boleh terjah TAFSIR AL-AZHAR dan google berkenaan kisah ni. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.