Pengikut (Blogspot)

Selasa, 3 April 2012

fashion # skema yang comel

hello semua, selamat hari selasa....

yang awesome, yang cantik bergaya. iya. hari ni aku menulis dengan menetapkan tajuk terlebih dahulu. stylo tak aku? mestilah kan babe. aku stylo sampai sanggup pakai T-shirt UTM pegi keja. wahaa!

hari ni aku nak share, untuk jemah-jemah dan perempuan-perempuan sekalian macam mane nak nampak cute dalam business suite a.k.a yang korang pakai hehari pegi pejabat or boleh buat pegi meeting dengan klien. tak pun dengan arkitek. jom layan empat langkah mudah bak kata orang putih dalam website tuh!

LANGKAH SATU : 
Pastikan baju korang bergosok supaya korang tak nampak serabai. tajamkan bucu seluaq hangpa. kalau sarung skirt pun lagu tu nor. pastikan semua kelepet-kelepet tu ditajamkan dengan seterika. hik hik

Kain jenis Houndstooh
LANGKAH DUA:
Pakai suite yang dijahit kemas dan rapi. jangan pakai suite yang terlampau longgar atau ketat dengan tubuh. fit-fit baru nampak awesome. pastikan kaen yang digunakan adalah kain yang simple dan berwarna gelap secara asas. kalau nak nampak dolu-dolu guna kain jenis tweed takpun houndstooh. 
Take care warna kulit dengan tekstur pakaian. Ambil tahu juga bentuk pakaian yang selasa dipakai ketika duduk lama. kire bahagian lutut, untuk mereka yang pakai skrit pendek tu kena pakai bawah dari lutu la. 

Kain jenis Tweed
LANGKAH TIGA: 
Tambah aksesori yang menawan macam jam tangan. takpun gelang takpun tali pinggang untuk nampak classic plus funky sikit-sikit. kalau perempuan yang bertudung cariklah tudung corak bunga-bunga kan, kan suite selalunya kosong. takpun guna tudung kontra dengan warna suite. barulah nampak modern. 

Buat kahwin boleh. Buat meeting JANGAN


LANGKAH EMPAT:
Tepek make-up yang nipis dengan lipstick warna pudar atau natural. pelengkap gaya untuk naekkan seri muka korang. 

tu je, langkah senang nak bernampak skema yang comel waktu meeting. comel-comel jugak, kena hentam tu yang patut prepare jawapan okeyh. baju-bajuan nombor dua. adey-chiau.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.