Pengikut (Blogspot)

Selasa, 17 April 2012

fashion # jenis-jenis kebaya

hello semua, selamat hari selasa...

anggap hari ni aku takde kerja. aku sanggup cari gambar-gambar Siti Nurhaliza untuk jayakan misi mengenal jenis-jenis kebaya yang ada kat Malaysia ni. alah, sesejak beliau nyanyi masa lepas SPM dulu, beliau lah retis Malaysia yang suka menggayakan baju kurung, boleh kata semua jenis yang ado. jom kita tengok kebaya apa yang Siti Nurhaliza pernah pakai. 

Kebaya Labuh
ini kebaya labuh yang telah dimodenkan. kebaya labuh ni berasal dari Kesultanan Melayu Johor yang digunakan pada zaman-zaman dulu dalam upacara rasmi diraja. pada asalnya, bahagian belakang baju adalah labuh hingga buku lali. untuk zaman sekarang dah moden sikit. kebaya labuh just hingga menutup punggung, bertangan panjang dan berpesak di hadapan siap dengan butang kancing lagi. 


Kebaya Kota Bharu
gaya kat atas yang Siti Nurhaliza pakai ni adalah salah satu contoh Kebaya Kota Bharu. macam mane kita boleh kenal kebaya ni jenis ibu negeri Kelantan ni dengan kancing baju yang ada kat depan. mean butang yang nampak compare dengan kebaya lain selalu pakai butang katup je. gitu....


Kebaya Riau-Pahang
ni salah satu sikap yang aku suke dekat Siti Nurhaliza, semangat patriot yang tinggi. jadi oleh itu, memakai baju merdeka ala Kebaya Riau-Pahang. macam mane nak kenal baju kebaya ala tu, dengan tengok kat leher baju, sama dengan baju melayu cekak musang. 

Kebarung
semua orang tau yang kebarung ialah kebaya campur kebarung. kebarung ni tak ketat macam kebaya tapi ada pesak dan depan. macam Siti Nurhaliza tengah senyum tu. fakta cakap baju ni merupakan baju kebaya negeri Selangor. oh, iye ke?


Kebaya Saloma
ini nama Kebaya Saloma. Saloma lah yang harus pakai. kenapa pulak la Siti Nurhaliza nak cuba pakai pulak kan? actually nama Kebaya Saloma ni untuk baju kebaya ketat dengan kain belah or kain kipas kat belakang. lagi satu tak tinggal tangan kena kembang dari siku ke bawah kan. baru la Salooma.

habis kongsi dah. semoga kalian semua ada hari yang tenang. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.