Pengikut (Blogspot)

Selasa, 24 April 2012

fashion # 10 langkah pilih perfume

hello semua, selamat pagi selasa...

memberi wangian pada badan, namanya pewangi or dalam bahasa rojak negara, perfume. perfume adalah wangian yang asalnya dari herba-herba yang secara tak langsung menaikkan taraf hygiene pada badan kalau kita dalam keadaan lekit-lekit. macam tu lebih kurang.

aku tak pernah guna perfume. aku ada beli setahun lepas, bau vanila entah ape. tapi just bertahan pakai sehari. Puan Mak suruh aku kendong ke hulur ke hilir dalam handbag pun memberi hasil tak memberangsangkan. kesimpulannya, aku tak reti dan tak tahu pun ape itu perfume.

meh, aku kongsikan 10 perkara boleh (do) dan jangan (dont) tentang perfume. memang aku tak pernah tahu pun sebelum ni.

PERKARA SATU :  Pilih perfume berdasarkan personaliti yang kita ada atau yang kita nak tonjolkan. kalau yang childish selalu pakai bau buah-buahan. kalau yang girlish akan pilih bau-bau bunga. kalau yang lasak akan pilih bau-bau segar macam limau dan ape-ape bau yang kita rasa selesa.  

entah ade macam jenis. mana yang best pun aku tak tahu
PERKARA DUA : Jangan terpengaruh dengan jurujual atau kawan-kawan tentang bau yang sesuai dengan korang. korang nak pakai, korang punya hidung la. tapi perempuan digalakkan membeli perfume masa hormon stabil, baru dikatakan sesuai dengan bau badan. alah, perempuan sendiri faham, mood tak stabil akan jadi masa nak datang bulan, tengah pregnant or on-going monopose. kalau beli perfume masa ni akan jadi bau lain sikit la kat badan. **bak kata web yang aku baca, aku pun tak pasti. 


Laa, muka aku pun ade?
PERKARA TIGA : Ambil masa untuk membeli perfume. kalau korang bau perfume tu hari ni, cuba bau sepanjang satu hari. esoknya baru datang kedai balik dan purchase. pilihan lebih tepat dan selesa. 

Cantik bentuknya

PERKARA EMPAT : Jangan usap atau sapu bauan yang disembur. mean, biar semburan tu meresap sendiri masuk ke dalam kulit. kira akan mengganggu bau yang lekat kat badan la. 

PERKARA LIMA : Jangan beli perfume waktu tengah hari. sebab ini adalah saat bau badan korang paling kuat a.k.a busuk. 

PERKARA ENAM : Jangan pakai bau-bau lain waktu beli perfume. boleh dapat tahu bau sebenar.

Aku suka iklan ni walaupun gigi jarang

PERKARA TUJUH : Pakai perfume pada bahagian badan yang paling kuat merangsang bau. contohnya macam kat nadi lengan, leher, belakang telinga. boleh jugak la nak sembur secara rawak di antara lengan dan siku or kat baju, baru bau merebak. 

Perfume aku beli setahun lepas. Masih penuh. sekian
PERKARA LAPAN : Jangan sembur pada emas dan perhiasan wanita. nanti coat emas intan berlian korang akan tanggal. no blink blink dah after react dengan alkohol. kimia sikit!

aku suka bau nombor 4, kalau Encik L pakai. 


PERKARA SEMBILAN : Sembur sedikit tapi selalu. untuk bau kekal berpanjangan. nanti sembur lebih kang ade pulak yang lari sebab pening bau korang kuat sangat. 

Aku tuduh peminat K-Pop beli benda alah ni. iyek!
PERKARA SEPULUH : Kalau boleh, simpan perfume pada tempat bersuhu rendah. biasalah, alkohol kan cepat bertindak balas dengan haba. nanti tak pasai, bau cepat habis. perfume mahal tu. 

last but not least, aku tak pakai sangat kot perfume sampai bila-bila. dah sekejap kata boleh pakai, sekejap kata tidak. lagi baik tak pakai kot. somehow aku pakai la benda lain macam sapuan ketiak, bedak. takde la busuk ye dok. adey-chiau.


5 ulasan:

  1. tak sgka ye byk sungguh pantang larang nak beli perfume nie..haha

    kita serupa tak pakai perfume.pening jer bau macam2.selalu pakai spray,deadoren n bedak..spray juga bau yg sama dr sekolh smp skang.tak suka bau macam2..

    BalasPadam
  2. suka bau buah...hurmmm mcm nak makan je bau tuh....ok2 noted..baru tau tips2 nih..

    BalasPadam
  3. x minat sgt perfume.. cukup dedoran. bau dia dh ckp mengharumkan & menyegarkan bg saya. Ada perfume Tommy Hilfiger nak let go RM180 hrga asal 265. sapa minat blh le risik2

    BalasPadam
  4. dari dulu sampai skrg pakai perfume follow me sense tuh . hahah

    BalasPadam
  5. heee
    bagusss tips2 ni
    i likeeeee

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.