Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 28 April 2012

decor # susun perabot bilik tidur

hellooo semua, selamat hari sabtu kalian...

ini entri adalah auto-publish. kini aku sedang cuak hadapi exam yang tak perlu masuk pun takpe. somehow meh aku share tips nak susun perabot dalam bilik tidur. last week, aku cerita pasal almari dan this week, mari aku pergi kepada ruang yang lebih lagi..

Cozy Cottage Style
PERKARA SATU : 
Tetapkan satu titik fokus untuk ruang bilik korang. kalau korang duduk bawah salji, pastikan korang punya tempat pembakar api diambil pusing dalam agenda korang. 

Susun sudut ke sudut :)
PERKARA DUA:
Buat senarai tentang kegunaan bilik tidur korang. kira macam selain nak lalok korang nak guna untuk tengok tv sambil peluk-peluk or korang nak study dalam bilik tu or korang nak letak pc dan jalur lebar or korang nak tenggekkan kadang hamster kat tepi tingkap or bagai-bagai lagi.

Ni memang sesuai kalau nak tido kat beranda. wooha!

PERKARA TIGA:
Fikirkan gaya tidur korang. korang suka tidur dekat mana? terang gelapnya. udara segar kot nak kena sedut pagi-pagi bolehla arrange katil dekat dengan tingkap. yang mana korang akan rasa selesa.

Bilik budak-budak. Smart :)
PERKARA EMPAT:
Cipta ruang bergerak di antara perabot dengan perabot. ni memang patut ye dak. kalau sandar pintu lemari depan katil, macam mane nak bukak pintu. pikir-pikir. hihihi

Ni pun smart jugak untuk orang dah kawen kan...
PERKARA LIMA: 
Gunakan lampu yang beza-beza. macam adalah satu item yang memisahkan fungsi ruang. macam kat ruang membaca lampu baca, kat katil ada lampu katil dan hiasan tv ada lampu dia. tapi janganlah sarat sangat, kalau bilik dah kecik tu, berpada-pada lah nak tepek kan. yang penting dapat bezakan ruang.

Ada bekas lilin tu, tenang je tengok.... 
PERKARA ENAM:
Sediakan ruang duduk selain katil. ni mungkin boleh untuk buat ruang asing untuk tengok tv untuk bilik yang besar bolehla korang sedia sofa dan meja segala bagai. tapi kalau bilik kecik memadai dengan kerusi beranda yang boleh letak kat depan katil tu.

ada 6 tips yang boleh digunapakai setakat ni. so, korang boleh cuba kalau berkenan kan? aku rasa soalan ni tak keluar dalam exam SPA hari ni. kuang kuang. adey-chiau. 




Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.