Pengikut (Blogspot)

Rabu, 4 April 2012

bina rumah Ncik Borhan, payah bona aii ~!

hello semua, assalammualaikum....

tengah malam rabu yang membasuh baju. sepatutnya entri ni aku publish semalam which mean selasa. tapi ade pulak kena ganti pegi meeting. langsung tak payah.

bagi aku paling susah jaga projek rumah sendiri. entah mane satu aku nak menang kan, Ncik Ayah or Encik L. dua-dua ada di pihak yang berlainan. oooh, mereka tak pernah pun bergaduh. so, readers jangan salah sangka. 

maksud aku. kalau aku keje pejabat. senang. kalau aku kontraktor sampai ke mati aku akan pertahankan hak untuk carik kerja lebih. if, pergi meeting consultant aku akan cuba carik skill hentam kontraktor. yup, industri ni sangat bergantung pada roda. siapa atas, siapa bawah. 

aku boleh kata setiap hari akan bergaduh dengan Encik L pasal rumah ni. biaselah, orang yang akan selalu menerima telempias kemarahan adalah orang yang paling kite sayang. korang macam tu tak? 

okeylah. serius aku nak bercerita panjang pasal benda-benda ni. aku nak tetapkan watak jap. jiran paling dekat boleh panggil Makcik Durian. sepupu paling dekat boleh panggil Ncik Sepupu dengan Puan Sepupu. sepupu Encik L, panggil je Ncik Specky. bro yang tolong set-up rumah boleh panggil Ncik Kabut. 

kejadian satu yang menjadi isu ialah kedatangan Encik L dan Ncik Specky sebagai tukang dari luar ke kampung bagi banyak sangat spekulasi. sampai makan dekat kedai pun, orang kampung yang lepak-lepak mengeluarkan perkataan 'aku nak tengok macam mana jadi natang ni nanti!' serius aku malu sebagai orang kampung tu konon-kononnya..

kejadian dua letak barang atas tanah orang lain come with sebatang pohon durian. tapak rumah Ncik Borhan ni adalah paling hujung dan letak bersempadan dengan rizab sungai. jiran keliling terdiri daripada Ncik dan Puan Sepupu serta Makcik Durian. Makcik Durian menanam pohon durian kat tanah milik Ncik Borhan ni. Ncik Borhan tak kecoh ape pun. jauh pun actually dari setepek rumah aku yang cinonet tu. Ncik Sepupu mula bukak cerita. yang Makcik Durian ni susah nak handle bla-bla. suruh tebang pokok sebelum semua melarat dan bla-bla-bla. 

satu petang yang hening, Makcik Durian tiba-tiba mengamuk sebab salah Encik L jugak pegi parking form-work dekat secebis kawasan tanah milik Makcik Durian. Puan Sepupu yang merasa amarahnya. lalu, petang hening bertukar kacir. tak pasal Encik L yang baru nak lelap lepas kerja kena datang balik tapak. alih form-work dan hulur serat-us kepada Makcik tadi. dalam minggu tu jugak pokok durian kena tebang. case closed. tapi aku tak faham, kata hidup kampung berjiran harmoni. ape jadah macam tu?

kejadian tiga, mencari member luar saudara yang boleh dipercayai. Ncik Kabut ni Cik Linda yang kenalkan. aku sangat terima kasih actually. sebab dengan bantuan Ncik Kabut ni Encik L berjaya mendapat rumah sewa. ape-ape hal pun, Encik L dah bayar upah untuk rumah tu. tapi hutang budi di bawak mati ye dak?

mendokong dengan moto hidup yang baik itu, banyak benda yang Encik L cuba kudakan Ncik Kabut. biar sama-sama dapat untung. tapi haram, last-last Encik L dapat rugi. televisyen yang harga RM250 boleh buat tukun. aku dah nasihat taknak dengar. hadap je la makanan yang datang tu abang, 'pesan' aku dekat Encik L sebab nak jadikan tukun tu televisyen kamar tidur akan datang. aah, takde masa. 

kejadian empat, isu bilik kecil. ini isu yang paling buat aku pening kepala. aku dah terang dari dapat drawing dari Arkitek Minyak Masak lagi. aku cakap yang rumah memang akan kecik kalau sumbat empat bilik. ikot budget yang Ncik Borhan ada. tup tap bila dah jadi bentuk. Ncik Sepupu bersama Puan Sepupu masa orang sibuk-sibuk ikat batu peginya telefon Ncik Borhan hal bilik ni lah. aku kena maki dengan Ncik Borhan tak pasal. sialan betul. padahal bukan kecik pun. standard size la. dah duit takde buat la cara takde duit. memang serius aku bengang dengan Puan Sepupu dengan Ncik Sepupu. tu lah, len kali jadi la tukang ke, amek kos civil ke, arkitek ke, surveyor ke yang tahu hal-hal demikian. baru boleh komen kawan. aku  tak boleh terima orang takde ilmu berkata-kata, ye aku berlagak dan ye mulut aku lancang. terima kasih.

kejadian lima, perubahan drawing Ncik Specky suka-suka nak ubah. ni paling. ni kepantangan aku. aku rasa design yang dicetuskan oleh Arkitek Minyak Masak dah cukup sesuai dengan persekitaran rumah aku. ade masa nanti aku cerita macam mana ilham si arkitek bab rumah aku. tukar sana tukar sini. haram aku nak approved. sekarang ni aku dok berbulu pulak dengan beliau. kalo aku nak diorang design, buat ape aku upah arkitek ye dok?

antara semua-semua perkara yang jadi ni aku finally tetap akan menyalahkan Encik L. meaning by manusia pertama yang jadi mangsa bebelan dan kadang kala jadi maki-makian aku. aku pun jadi tempat Encik L melempiaskan marah kalau ada ape-ape yang tak kena.

dari sini, aku dengan Encik L belajar satu perkara. walau besar ke kecik ke masalah yang timbul. selesai sama-sama. gaduh belakang-belakang dan jangan libatkan orang luar. dah gaduh tu, pandai-pandai la carik port yang mana nak tolak ansur. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.