Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 21 April 2012

asing dan susun untuk dapatkan almari yang superb

hello semua, selamat petang sabtu...

aku sekarang time malas-malas. tengok almari berserabut bikin hati runsing. ade Adik Praktikal baru nak masuk rumah sewa esok. memikirkan bakul baju kotor dengan meja kerja rumah yang berserabut buat hati aku gundah. ahai, macam mane pulak aku nak arrange buku aku yang banyak-banyak tu? runsing-runsing. 

menjelang ada satu rumah baru nanti kat Batang Kali. meh aku tengok tips yang betul untuk kita kemas almari. jangan bagi fikiran serabut-serabut ok. kat sini aku nak share macam mane kita nak uruskan baju-baju yang banyak macam aku. mari semak ~~!

PERKARA SATU : Pengasingan.

Ini satu konsep yang perlu ada dalam bab-bab susun baju. Dari apa yang aku, kita perlu asingkan mana yang perlu dan mana yang tak perlu.

ASING SATU : Asingkan baju-baju yang memang korang takkan pakai lagi dalam almari or bekas yang lain. Kalau ruang rumah agak ada ruang, reka satu ruang almari yang dinamakan sebagai Almari Discardian yang menyerupai dinding.

Discardian Closet
ASING DUA : Ruangan bawah katil juga boleh digunakan sebagai ruangan untuk menyimpan pakaian yang tidak diperlukan lagi. 

ASING TIGA : Asingkan ikut penggunaan. Baju yang kerap guna dicadangkan untuk letak di bahagian paling kosong (senang ambil). Baju yang kadang-kadang guna boleh letak bahagian bawah dan baju yang tak perlu guna langsung letak bahagian paling tinggi. 

Contoh Susunan ikut Penggunaan
ASING EMPAT : Gunakan bakul kain kotor yang bertingkat yang membolehkan kerja-kerja angkut mengangkut ke mesin basuh. 

Bakul ni tak cukup besar untuk saya. sekian.

PERKARA DUA : Penyusunan

Lepas asingkan ruang penggunaan dan kegunaan, haruslah aktiviti penyusunan dimulakan. ahai. kalau nak aktiviti melambakkan pun boleh juge, kalau dah malas kan. keh keh keh. meh kite usha ape-ape yang patut.

Contoh untuk Semua Cara Aturan
ATUR SATU : Gabungkan ruang dengan unit ruang yang lebih kecik berdasarkan keperluan. contohnya, laci untuk letak pakaian adik-adik dan serkup kepala. hanger untuk dress dan suit atau kotak untuk barang-barang yang pelik kegunaannya. 

ATUR DUA : Gunakan hanger yang teratur dan sesuai untuk gantung baju supaya masa gantung tu nampak cantik dan kemas

ATUR TIGA : Gunakan Umbrella Stand untuk gantung kerongsang ke, gelang ke dan ape segala benda-benda perempuan yang rumit

ATUR EMPAT :  Guna kotak, rak atau penggantung untuk menyimpan kasut-kasut

ATUR LIMA : Simpan baju-baju rumah atau aksesori dengan kemas dalam pembahagi rak

ATUR ENAM : Kod warnakan baju. Kalau korang ada banyak sangat baju yang sama warna, satukan semua dan susun dengan kod warna biar senang korang nak carik nanti

ATUR TUJUH : Sediakan penggantung untuk menambah ruang simpan dalam almari. 

okey. setakat ni je lah, aku kongsi sikit sebanyak dua konsep asing dan atur untuk dapatkan satu almari yang tak semak mata memandang. aku pun nak mula kemas almari ni. adey-chiau.



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.