Pengikut (Blogspot)

Ahad, 22 April 2012

5 langkah Mula Diet Semulajadi

hello semua, selamat hari ahad...

untuk tips sihat minggu ni, aku nak belajar pasal diet. sebab dah dikata besar oleh ibu kekasih hati agak mengganggu hati perempuan aku. Encik L tahu gelak sana, gelak sini. bantu takde. bagi memulakan langkah pertama. mari kita membaca perihal diet. biar masuk dalam kepala otak sikit. hahaha.

hari ni aku nak share, langkah permulaan untuk memulakan diet secara semulajadi. semulajadi untuk kekal sihat. itu adalah kaedah yang akan disampaikan pada hari ni. ye, sama-sama kite semak!

PERKARA SATU : Kerja badan dan Senaman.

Perkara pertama yang dinyatakan ni dah buat aku muntah. Untuk pengetahuan semua, aku jarang senaman. kalau aku lari kepala aku akan pening. korang pernah rasa situasi ni. aku selalu manjakan badan aku. sebab kalau aku senaman, angin badan aku tak keluar dengan elok-elok. finally, aku akan pening.

Setelah aku membaca artikel tu, aku dapat rumuskan yang penulis berkata senaman adalah penting untuk membuang lemak yang dah terlebih makan dalam badan. tu pasalnye, kalau korang makan cukup-cukup macam makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang kan. no senaman is okey. tapi mampu ke kite? 

Contoh Senaman Belakang

PERKARA DUA : Makan Buah Sebelum Makan

makan buah sebelum makan actually adalah lebih baik dari selepas makan. punca? buah-buahan lepas makan berfungsi sebagai kudap-kudap atau lawas tapi buah-buahan sebelum makan adalah ingin menyekat perut kita yang kelaparan dari makan banyak sebab kita dah makan buah dulu. ni term simple. yang susah-susah aku tak reti nak terangkan. hua hua hua.

buah kegemaran Adik Faizah ni....

PERKARA TIGA : Buat Resipi Sendiri dan Rancang Pemakanan

Seelok-eloknya rancang resipi yang hendak dimakan dalam jangka seminggu dan ada dua tiga pusingan menu yang sihat-sihat. tujuan reka resipi sendiri adalah bertujuan nak rancang makanan ape yang kita dah makan, ape yang belum. boleh jugak measure ape benda makanan dah amek. kire macam data kawalan untuk diri sendiri la. ala, kalau dah nafsu nak kata ape kan? 

Buku ini comel lah ~! ehee ~~~!


PERKARA EMPAT : Buang Cheese dan Ada Diari.

Membuang makanan cheese dan ape yang menggemukkan dari kamus hidup. mengandungi kandungan kalori serta gula yang tinggi. itu adalah mustahil. dan perlukan diari untuk track apa yang kita makan untuk hari ni esok dan esok. kaedah ni for sure akan jadi reminder mengingatkan berapa banyak kita dah lahap hari ni. wah, aku tak sanggup nak perang secara psiko ni!

PERKARA LIMA : Makan Buah dan Skip Sarapan Pagi

Skip sarapan pagi adalah buruk kan. tapi skip sarapan dengan makan buah boleh buat korang akan ambil makanan yang sangat lapar dalam waktu tengah hari. bila korang makan tengah hari, korang akan hadam buah-buahan pagi tadi dalam perut, campur dengan makanan tengah hari korang tadi yang akan sama-sama lawas tadi. so, tak salah gantikan sarapan pagi dengan tengah hari terus dengan bantuan buah-buahan. yang ni aku akan cuba. tau....

okey, selesai bercerita hal diet. ni adalah teori. bab praktikal, tengah fikir bila nak try. keh keh. adey-chiau. 






1 ulasan:

  1. tips yg bagus.tgh diet gak nie..akan cuba secara praktikalnya Insyaallah

    BalasPadam

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.