Pengikut (Blogspot)

Ahad, 25 Mac 2012

tukang kasut, nama sabarudin ke? tak tanya la pulak....

hello semua, selamat malam ahad...

lame kot, aku tak tulis life macam ni. aku macam serabut. tapi takde la serabut sangat. kire macam aku nak buat-buat serabut la kan... kadang-kadang, hidup bukan indah macam yang kita fikirkan. 

poyo tak? korang pernah deal dengan tukang kasut? alah yang kat tepi-tepi jalan tu. tapi kasut korang mahal kot. jarang nak rosak. aku selalu je layan tukang kasut borak area sini. 

Gambar Hiasan
dengan seorang tukang kasut ni, sumpah aku dapat murah. Pakcik Kasut cakap aku ramah orangnya. pandai hormat orang tua. pandai cakap walaupun dengan siape je dalam dunia. ye ke? alhamdulillah la kalau Pakcik Kasut fikir macam tu. 

lama-lama aku duduk sembang dengan Pakcik Kasut. tanya jugak aku dah berpunya belum. aku cakap je la terus terang, aku tengah usaha kumpul duit kahwin ni. buat ape nak sorok-sorok kan?

lepas tu, tanya aku keja ape. aku bgtau je la aku engineer kecik-kecik. buat rumah setingkat-setingkat je. boleh la nak carik makan. takde la hebat mane pun. 

dan-dan beliau cerita kisah beliau dulu-dulu. beliau ni kira orang agak pandai la kan. tahun 1991 masih belajar dekat universiti kat Indonesia, jurusan undang-undang. bakal lawyer kau....! 

sebab zaman susah tu, beliau ni amek part time menulis dalam surat khabar negara sana dalam ruangan siswa korner gitu. memang hebat dan tiap-tiap minggu menulis demi secebis elaun. satu time tu, beliau dengan agak berani menulis satu artikel 'Suharto dan kroni-kroninya'

akibat dari semangat juang tinggi tu, dekan terus panggil dan buang dari universiti. then, masuk ISA negara tu dalam masa 3 bulan dalam penjara. mana-mana universiti pun dah tak terima lagi. 

dah fed-up belajar tapi tetap cuba menulis. setiap hasil tulisan di-reject bertahun-tahun. finally beliau give up dan jadi tukang kasut. ade cina offer kerja gaji RM4000 ++ sebulan tapi beliau decide lagi seronok meniaga tepi jalan sebab dapat membaca sikap dan teletah orang lain. 

aku tanye lah, kenapa dah tak menulis lagi. blog ade tak? hua hua hua. beliau jawab, zaman aku ndak ada apa blog lagi, otak aku dah karat nak menulis apa bagai. susah mahu mula, aku tak bisa lagi. 

aku sedih. entah, aku sendiri pilu. orang yang berbakat selalu macam ni. selalu ketinggalan. orang yang ada imaginasi dalam penulisan terkebelakang. sebab sistem dunia dah berubah. orang punya mulut untuk membodek dan membela diri pasti akan ke depan.

sekian untuk jiwa kecamuk. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.