Pengikut (Blogspot)

Khamis, 1 Mac 2012

review # pelarian

assalammualaikum. selamat petang...

ape nak jadikan intro eh. tu la dia. orang nak review, awak pun nak review jugak. sekarang lidah dah kelu. aieh, kelu... hari ni bukan hari rabu kan?

last week, sabtu aku bermalam kat rumah Puan Nenek. hiburan berinternet adalah zero. maka penemannya hanya televisyen yang bertonton kongsi bersama dengan Ncik Alang dan Puan Nenek. 

aku rasa cerita cerekarama last week adalah satu paparan terbaik. acheh. promote benda yang dah lepas. ade faedah? takde ape. aku just nak kongsi ape yang aku tonton je. 


bagi aku, tema cerita ni berat tapi plot-nya simple. someelse, korang boleh faham totally dan nyata macam mana hidup seorang pelarian. isu yang cuba dibangkitkan ialah pasal pelarian, kanak-kanak yang menjadi pelarian dan konflik di antara badan perlindungan dengan sindeket menjual budak.

kesemua elemen nampak memang menjadi bila ibu kepada Miza, Mamat dan Bobok decide nak pegi Kuala Lumpur. carik bapak diorang bersama dengan Usop, adik diorang yang down syndrome. nak jadikan cerita ibu diorang tak balik-balik. 

diorang terus pegi Kuala Lumpur. carik ibu. yang kesian, masa tengah bangun dari tidur dekat rumah tinggal ada pulak sindiket dok gegar. yang Miza kena perangkap dengan orang jahat. Mamat dengan Bobok dapat larikan diri. cerita ni berterusan bila Mamat ni selaku watak yang redha bersedia untuk cuci kereta dan bekerja di restoren untuk bagi Bobok sesuap nasik kiranya.

orang kat pusat perlindungan yang bernama Rabiah tu selalu perhatikan Mamat dan Bobok dan finally diorang berjaya jugak dikesan oleh sindiket yang mana tempat Miza terperangkap. akhir sekali Miza mati sebab nak selamatkan adik-adik beliau dari kena jual. dari watak yang agak antagonis sebab suka merungut bertukar jadi baik demi keselamatan adik-adik.

lepas habis cerita. terus aku insaf dan bersyukur. nasib baek aku still ada rumah walau susah macam mana pun. janji ada tempat berlindung. 

yang paling menjadi lakonan Putri Nur Balqis as Bobok. salute dengan budak kecik yang ada talent ni. adey-chiau. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sertakan pandangan anda di sini...

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.