Pengikut (Blogspot)

Jumaat, 16 Mac 2012

ingatan jumaat # surah luqman

hello semua, selamat petang jumaat...

takde ape perkara yang boleh aku cerita. aku just happy-happy saje. nak cerita terjemahan surah Luqman dalam melahirkan anak-anak genius. 

ikotkan surah ni adalah urutan yang ke 31 dalam Al-Quran yang mengandungi 34 ayat berunsur peringatan Allah SWT terhadap hamba-Nya dengan segala kejadian yang berlaku di langit dan bumi. surah ini memperkenalkan salah seseorang warak yang dikenali sebagai Luqman Al-Hakim yang bijaksana dan menceritakan wasiat Luqman kepada anak-anaknya yang terkandung dalam ayat 12 ke ayat 19 seperti dalam gambarajah di bawah.

boleh klik untuk besarkan
terjemahan :

[12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadaNya) : bersyukur kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)." Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah akan menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. 

[13] Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar.

[14] Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempooh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

[15] Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Aku tempat kalian kembali semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu tentang apa yang kamu kerjakan. 

[16] (Luqman menasihati anaknya dengan berkata) : "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipyn seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan sesuatu yang tersembunyi. 

[17] "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki dan diambil berat melakukannya. 

[18] "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur, lagi membangga diri.

[19] Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

setakat ni dulu share. adey-chiau

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.