Pengikut (Blogspot)

Selasa, 13 Mac 2012

fashion : cara hilang kotoran tanpa clorox

hello semua, selamat hari selasa...

aku nak bercerita pasal kain cotton. terasa macam trend gadis Melayu kat Malaysia zaman kini pulak ada kain cotton. aku memang suke kain cotton dari kecik lagi. puncanye memang selesa dan serap peluh. untuk manusia yang super-gelinjat macam aku ni. tu je yang sesuai.

sebenarnye memang perempuan Melayu kat Malaysia dah lama guna cotton. kalau tak korang memang tak pegi sekolah la dulu kot. dulu kalau baju sekolah mahal jenama Canggih. memang 10 tahun takkan koyak. just pudar aje. aku zaman tu tak mampu beli pun. 

dah. tutup pasal cerita sekolah tu. hari ni aku nak share, macam mane nak tanggalkan kesan karat pada kain cotton. mane la tau, ade butang or aksesori yang buat cotton korang berkarat ke, korang boleh cuba guna ni kalau korang takde clorox dan boleh jugak apply pada cotton yang bercorak.

BAHAN YANG DIPERLUKAN : cuka, sesudu garam dengan 1/4 cawan jus lemon atau jus limau.

KAEDAH-KAEDAHNYA:

LANGKAH SATU : Tuang cuka ke atas kotoran tersebut. Fungsi cuka adalah untuk menanggalkan kotoran yang sama fungsi macam asid lain. tujuan kita guna cuka sebab CUKA adalah asid yang paling lemah dan tak merosakkan baju. kalau dah teruk sangat, korang guna THINNER or minyak api bak kata nenek-nenek kite. 

LANGKAH DUA : Sebarkan garam ke atas kotoran tersebut yang bertindak sebagai bahan pelepas yang boleh menanggalkan kotoran tanpa merosakkan pakaian.

LANGKAH TIGA : Tuangkan PATI LEMON atau PATI LIMAU yang bertindak sebagai agen penyental kotoran yang menjadi agen bantuan dalam proses kimia ini dengan kain. 

LANGKAH EMPAT : Cepat-cepat lari kat dapur, carik span pinggan bersih dan gosokkan pada kain. disarankan untuk menggosok dengan cara membulat membolehkan kotoran tanggal dari kain tersebut.

LANGKAH LIMA : Keringkan kain tersebut. dengan memberi masa bekerja pada ketiga-tiga bahan untuk bertindak balas. jangka masa pengeringan disarankan selama 2 ke 3 jam di bawah cahaya matahari.

LANGKAH ENAM : Masukkan semula, kain yang sudah kering dan basuh dengan cara normal dengan meletakkan sabun basuh dengan cara basuh biasa.

LANGKAH TUJUH : Jika kotoran masih ada. basuh semula kain tersebut, putar sekali lagi. kalau tak hilang jugak. jangan carik aku okey.

hehehe. tu je nak share. aku tak pernah cuba pun. yang aku pernah cuba letak thinner je. jahanam baju aku tapi karat hilang. korang ade beran? 

malas cerita panjang. adey-chiau.

Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.