Pengikut (Blogspot)

Selasa, 27 Mac 2012

fashion # 10 trend fesyen musim panas 2012

hello semua, selamat hari selasa....

bercerita berkenaan fashion kan. aku jumpa satu artikel yang menulis 10 trend musim panas tahun 2012. yer, orang putih punya fashion. sexy-maxi punya gaya. ada yang sesuai ditutup-auratkan dan kebanyakkannya tak. 

aku suka lihat fashion. badan yang agak gemok dan hitam sebenarnya memberi kesukaran untuk aku berfesyen-jimba. apa yang paling kemas dan menutup aurat adalah fesyen terbaik untuk aku kawan. hua hua. 

rancangan kegemaran aku ialah realiti show macam American Next Top Model. walaupun poyo dan sexy, mereka mengamalkan hidup berdisiplin. yang tu boleh tiru. walaupun aksi gambar tidak ada seurat benang, tapi mereka ada imaginasi. kita perlu guna imaginasi. kalau tak dunia kosong.

lately, aku banyak mengarut dari isi. sorry. untuk runway magazine, 10 trend musim panas untuk tahun ni memaparkan warna pastel dan lembut.

Dress untuk formal
ni adalah orang yang suka dress dan klasik. warna tahun ni yang lain ialah warna coral pink. cantiknye. aku suka warna coral ni sejak dulu, mcm warna balai bomba. hahahaha. 

Corak Floral 
okey. tahun ni corak floral macam kat atas adalah trend untuk si daring bergaya. comel memang comel. tapi buat seluaq tidoq la kot. kah kah kah. 

hijau lumut segaq
ni warna kegemaran aku. sampai kahwin pun aku mimpi warna ni. haiya ~! campur dengan oren lagi tu. yang aku pelik la kan, kenapa penjual baju berjenama TopShop ni mempamerkan benda-benda kecik seperti itu? orang putih kan, semua benda nak beli. hua hua hua. 

Kain dua tona
sama macam beli tudung Syira dan Pashima dua tona, orang putih pun mem-famouskan penggunaan dua tona kain masa kini. macam orang boleh confuse la lusuh ke baru, aku suke der. aku dah beli kain baju raya hijau dua tona tau campur dengan polka oren. weheee.

Klasik katenye
yang corak buruk ni mungkin sesuai untuk wanita kerjaya yang ala-ala datin. baru vogue. tak pun bagi Puan Nenek sepasang waktu raya, mau meriah nampak tahun ni. keh keh keh. kalau aku dapat ni, aku cadang nak buat alas lapik meja opis aku. mengancam? kah kah kah. 

Denim dan Jeans
corak denim. still maintain dalam masa yang sama tetap mahal dan nampak ranggi dan tak lapuk zaman. aku mengidam jugak beg denim satu. wallah ~!

Long dress
warna dan fashion long dress untuk musim ni. aku malas nak amek port. bukan aku pakai pun. berkenan yang warna peach tu. warna lembut tapi versatile.

baju basahan
pereka fesyen orang putih bersepakat yang warna pastel adalah warna-warna menarik musim ni macam warna biru laut cair, kuning lembut, peach lembut dan pink lembut. semua bergelar pastel adalah sangat cantik untuk musim ni. katenye lah!

Cardigan
ini juga fesyen zaman sekarang yang mula mengguna cardigan bukan hanya pada musim sejuk. simple cardigan or tweed juga sesuai digunakan untuk musim panas. alah, orang Malaysia pun dah start pakai la kawan. huhu!

Peplum musim ni
ini untuk orang suka fesyen leher tinggi. untuk orang macam aku? abaikan. 

sampai sini dulu merapu. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.