Pengikut (Blogspot)

Sabtu, 3 Mac 2012

cinta itu ada stress

hello semua, assalammualaikum...

ini semua adalah entri auto-publish. aku rasa di saat waktu aku publish ni aku sedang berjimba atau sedang menjadi driver untuk Encik L di Batang Kali.

aha, sebut pasal Encik L. perhubungan aku dengan beliau dah genap 14 bulan pejam celik pejam celik. lately, aku rasa stress bercinta. korang pernah tak rasa stress??

dulu kan, masa aku single. aku tak faham satu perkara. dah sayang pun still boleh gaduh-gaduh. bila aku dah couple ni. amek kau. memang ade je tak kena. 

dulu kan, masa aku baru sebulan dua couple. aku rasa bahagia je. macam mane nak explain eh? Encik L bukanlah romantik mane pun. maybe sebab dah takde sape yang amek peduli before tu. so, bila cinta datang menjenguk dengan insan sedikit caring. hati dah cair dah. 

lagi pun lelaki kan, masa baru-baru kenal tu. amboih perasaan. kira kalau macam ada se-parit aliran api yang memisahkan aku dengan Encik L beliau sanggup sediakan sampan anti-haba untuk menyeberang kot. masa bulan-bulan awal tu la aku merasa nak gayut jam 4 pagi. kalau aku terjaga jam tu, sanggup tu angkat call aku. dodoikan aku tido. sekarang ni nak perangai macam tu? kirim salam la jawabnya. silap-silap kalau tengah penat mahu dapat maki. 

sekarang ni. waktu ni. tika ni. bukan Encik L je yang berubah. aku pun berubah jugak. masing-masing penat dengan hari masing-masing. masing-masing penat dengan target mencari duit untuk berkahwin dan masing-masing inginkan perhatian cara masing-masing.

aku jenis suka merungut. kalau penat aku akan merungut. dengan harapan Encik L akan pujuk aku sayang cinta adik manis. huh? sikit pun tak dapat. kalau aku cakap aku penat paling kuat pun beliau suruh aku pegi rehat. takde cerita kelakar langsung nak share. 

Encik L pulak suka jenis diam. kalau stress taknak sape-sape ganggu. banyak cantik muka kau tak payah ganggu. sibuk beno nak kawen. kalau perangai sampah kena ganggu nanti kena marah macam mana anak nak respect. bongok!

semalam. masa aku sangat penat dan malas nak bertekak dengan Encik L. baru sibuk-sibuk nak beli coklat la ape benda lagi. kalau aku dok membebel. takde makne nak dapat ape-ape. tau pulak cuak bila aku taknak layan. kan? nak dapat coklat pun kena buat macam tu. memang susah kot nak mintak ape-ape dari Encik L aku ni. org lain tu kan, kalo stiap kali date ade je dpt hadiah. aku hepi je tengok mcm tu. bukan rezeki aku kot nak buat macam mane. 

aku makin merasakan cinta itu memang indah pada masa-masanya. selebihnya. cinta itu ada tekanan. cinta itu penuh stress. tapi aku akui, aku tak boleh hidup tanpa cinta. sekian. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.