Pengikut (Blogspot)

Selasa, 21 Februari 2012

sahabat yang jauh-jauh

hello semua, selamat petang...

hari kedua dalam minggu ni. kebanyakan follower aku student. selalu bercerita pasal friendship never ends. aku pun dulu macam korang jugak. however, korang boleh anggap aku lupe diri bila dah kerja ni kan.

bagi aku bila masuk alam pekerjaan, automatically tanggungjawab tu muncul. kadang-kadang aku selalu terfikir yang bile aku dah kerja akan ada vacation antara kawan-kawan tapi tu semua, aku tak pernah buat lagi. honest speaking here. 

tanggungjawab aku takde la berat mana kat Teamcoat. sebab tu, aku mencari tanggungjawab di tempat lain. alhamdullillah, semua masih berjalan dengan lancar. masih ada rezeki untuk diterima. 

tanggungjawab pada keluarga sememangnya amat berat. mula-mula just support beri duit pada Puan Nenek. lepas tu tolong jelaskan bill dan kini kena prepare lauk setiap minggu. memang perlu ada nilai duit pada setiap hari yang bukan boleh diperbazirkan suka-suki. 

bila tanggungjawab melebihi keperluan. itu nama beban. tapi ikot kejuruteraan, beban patut diagih sama rata. sorang dapat sikit, other side dapat sikit. one thing, aku part boleh menjadi stabil dengan mendapat saiz dan sokongan yang besar untuk menampung yang satu lagi.

untuk sekian kali ni, memang sokongan aku belum stabil. bila dah berumah tangga. insya-allah akan bertambah stabil. aku memerlukan tapak untuk bermula. perjalanan aku tak macam dulu. tengok wayang dan karaoke dah jarang pergi. beli baju pun area Selayang Mall je pun. tak pernah ke Mid Valley langsung sepanjang tahun lepas untuk shop a shop. just singgah hantar barang kat JKR je pun. 

ber-aktiviti dengan kawan-kawan kini sangat terhad. kalau jumpa pun kat kenduri-kendara je. bukan aku mampu nak gather dengan mereka suka-suki. tapi aku dah berjanji dengan diri sendiri, untuk majlis kenduri-kendara yang besar memang aku akan datang membantu. cuma untuk keluar berjalan saja-saja tu, berat bagi aku.

dan aku yakin, rakan-rakan sekeliling pun mengalami perkara yang sama. kita sebagai sahabat akan memahami antara satu sama lain. itu adalah benar. sekian, terima kasih berkenaan dengan cerita sahabat di hari selasa. adey-chiau. 


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.