Pengikut (Blogspot)

Rabu, 22 Februari 2012

review # urusan masa

heloo semua, selamat petang....

perancangan aku terhadap blog actually dah ke laut. percaya tak, aku memang merancang nak tulis ape. somehow, semua entri rancangan aku kureng dapat sambutan. mungkin masa aku tulis tu, mungkin jugak tak lahir dari hati. 

aku budget nak menulis 2 kali sehari. yang memang aku takkan mampu pun. kerja masuk dah lambat sebab bangkit pun agak lambat. selalu entri pagi aku sebat je function auto-publish. dunia blog ni luas, button auto-publish akan valid seminggu jerp. more than that, trafik akan menurun.

yup, aku sedar. penting pengurusan masa untuk orang macam aku ni. tak busy mana pun. just kadang-kadang ada je waktu bertindih itu dan ini. kalau waktu free tu memang aku gagah tido dari pagi sampai malam. bila nak jumpa tu, semua orang nak jumpa time yang sama. macam mane? haha.

hari ni aku nak review pasal buku yang nipis dan padat tajuk Teknik Terhebat Menguruskan Masa dengan Berkesan yang telah ditulis oleh Martin Manser. pandai pulak omputih ni cakap Melayu? hak hak. aku tipu jerp. 

google je mampu

yang mengolahnya ialah Encik Muhammad Firdaus pada asal buku ni diberi nama Time Management Secret yang telah dipadatkan oleh beliau dalam Bahasa Melayu. sistem penterjemahan kita perlu kuat macam negara-negara terpelajar di dunia tahun 2012 ni, 10 NEGARA TERPELAJAR DUNIA semua guna bahasa pengantar sendiri untuk belajar. alah, macam malam ni Malaysia lawan Jepun kan. coach Jepun cakap Jepun sangat rilek bunyi-nye. kan.

aku bukan nak cerita pasal terjemah ape pun. aku suka baca buku dalam Bahasa Melayu. lagipun, surat cinta aku kat Encik L pun dalam Bahasa Melayu jugak ape. hahaha. meh, kite sambung cerita pasal teknik mengurus masa terhebat ini. 

dari apa pembacaan aku, masa kita akan bertambah baik kalau kita ikot 7 langkah macam cara Martin. taktau la aku yang si Martin ni pandai urus masa ke tidak kan. kadang-kadang kalau tulis buku ke, nasihatkan orang ke kadang-kadang kita ni paku serpih jugak kan?

untuk dapatkan satu sistem urus masa yang teratur kita digalakkan untuk KENALI DIRI KITA - KENALI KERJA KITA - JADI TERSUSUN - KERJA DENGAN LEBIH BAIK - KERJA BERPASUKAN DENGAN LEBIH BAIK - BERKOMUNIKASI DENGAN LEBIH EFEKTIF - KAWAL MASA KITA.

emm, ni semua aku gebang topik je. kalau nak tau detail yang boleh memotivasikan diri sendiri. nanti beli ler buku ni. nipis dan tak mahal pun. tak sampai RM 15.00 kan. sampai sini dulu. adey-chiau. 



Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.