Pengikut (Blogspot)

Khamis, 23 Februari 2012

review # sanjana i love you katanye...

hello semua, selamat petang...

hari ni hari duduk-duduk office, layan drawing. ape benda yang siap pun aku tak tau. sedang menambah pengetahuan bersendirian pasal A-cad. emm, aku layan aje la.

kekecewaan Malaysia - Jepun (0 - 4) memang terasa pun. kan. aku tak sempat nak tengok semalam sebab uruskan hal televisyen Encik L. yang bakal jadi tv dalam bilik kalau aku kawen dengan beliau. hak hak. kelakau la asal usul tv tu kalau pk balik.

sebut pasal tv, semalam lepas balik aku layan hindustan sengsorang der. semua gang rumah sewa dah tido sebab menjelang jam 12 malam time tu. aku tak tengok pun cerita tu sampai habes. somehow, aku suke la cerita hindustan yang cliche macam gini.

Sanjana, I Love You. tu tajuk yang Kak Hawa bagi. puas aku carik weyh, nak paste gambo kat bawah dalam google. last-last....

Kuasa Cinta Saya
Prem tu maksudnya cinta. tapi paling sesuai digunakan untuk lelaki. alah, biase la kan. Hindi memang kaya dengan cinta sampai boleh kelaskan nama lelaki cinta, perempuan pun cinta. sanjana pun maksudnya cinta jugak.

cerita pasal hero tertukar tempat ke rumah menantu. dan-dan sebenarnya yang patut sampai ke rumah menantu adalah hero kedua lepas tu hero sampai dulu. hero pulak dah tertarik dengan sifat manja-manja heroin. memula nak test market, sesuai tak dengan hero pertama dan-dan jatuh cinta betul-betul. masing-masing tersepit. jadi pulak cinta tiga segi. 

cerita kan. ape kesah sangat pun. yang penting cerita ni yang tolong aku menguap semalam. okeh. ingat nak overtime tapi malas tapi nak berjalan tapi malas tapi nak tidur, macam mana keinginan itu? aieh. adey-chiau.


Penulis

Foto saya

seorang melayu tipikal yang ingin berjaya dengan sikap tipikalnya.